Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Pelantikan Yusof terajui GLC Sabah dipersoal
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
Text Size:
Text:
Pelantikan Yusof terajui GLC Sabah dipersoal
Chan (kiri) menggesa Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor agar mempertimbangkan semula pelantikan berkenaan memandangkan Dr Yusof (kanan) kini berdepan kes mahkamah yang masih berjalan.
Kota Kinabalu: DAPSY Sabah menyuarakan kebimbangan serius terhadap pelantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Dr Yusof Yacob ke Sabah Development Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Ketua DAPSY Sabah Chan Loong Wei, menggesa Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor agar mempertimbangkan semula pelantikan berkenaan memandangkan Dr Yusof Yacob kini berdepan kes mahkamah yang masih berjalan.

Advertisement
“Melantik individu yang mempunyai kes mahkamah aktif ke lembaga pengarah GLC menimbulkan kebimbangan serius terhadap integriti, kepercayaan awam serta kredibiliti Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Chan berkata pelantikan itu tidak selari dengan aspirasi yang pernah dinyatakan sendiri oleh Ketua Menteri. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau mengingatkan bahawa dalam kenyataan sebelum ini, Ketua Menteri telah menegaskan keperluan untuk menyusun semula GLC Sabah bagi memperkukuh tadbir urus korporat dan akauntabiliti, menyuntik kepimpinan baharu serta memastikan GLC diuruskan oleh individu yang kompeten, profesional dan berorientasikan hasil, selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

“Ketua Menteri berulang kali menekankan bahawa GLC perlu diterajui kepimpinan yang berwibawa dan berintegriti supaya dapat berfungsi sebagai pemangkin ekonomi yang berkesan untuk rakyat dan negeri. Pelantikan ini tidak mencerminkan aspirasi tersebut,” katanya.

Advertisement
Tambah beliau, pelantikan individu yang sedang berdepan kes mahkamah hanya akan menghakis keyakinan orang ramai serta menimbulkan persoalan terhadap komitmen Kerajaan terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik.

DAPSY Sabah menegaskan bahawa pelantikan baharu ke dalam GLC tidak seharusnya melibatkan individu yang telah disabitkan kesalahan di mahkamah atau sedang menghadapi prosiding undang-undang serius, serta menggesa Kerajaan Sabah kekal bertanggungjawab kepada rakyat Sabah.

Advertisement
“Reformasi mesti diterjemahkan melalui tindakan. Jika tidak, pelantikan sebegini hanya akan menjejaskan kepercayaan awam dan integriti pentadbiran,” katanya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here