Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Hajiji gesa Pemimpin Pembangunan Masyarakat sebarkan pencapaian kejayaan
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
Text Size:
Text:
Hajiji gesa Pemimpin Pembangunan Masyarakat sebarkan pencapaian kejayaan
HAJIJI (tengah) bergambar bersama PPM yang baru mengangkat sumpah.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) membantu kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai pencapaiannya di kawasan masing-masing. 

Beliau berkata, banyak pencapaian yang dilakar oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinannya namun tidak dihebahkan secara menyeluruh menyebabkan banyak perkara sebenar yang tidak diketahui rakyat.

Advertisement
“Tugas utama anda ialah membantu menjelaskan dasar, program serta kejayaan Kerajaan kepada rakyat. Jadi, bantu sebarkan pencapaian kerajaan, banyak kejayaan yang kita laksanakan untuk rakyat,” katanya.

Melalui hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), Hajiji berkata ekonomi Sabah berjaya dipulihkan selepas Covid-19 dengan peningkatan hasil dari RM4 bilion hingga RM7 bilion dan rizab negeri juga meningkat hingga melebihi RM8.6 bilion. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau menyebut Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) sebagai contoh kejayaan, dengan mengatakan kawasan itu sudah penuh dan pelaburan terbaru RM31 bilion oleh syarikat berpangkalan di Singapura dijangka mewujudkan 6,000 hingga 7,000 peluang pekerjaan.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri akan memperkukuh pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0 yang dijadual dilancarkan pada hujung bulan ini bagi memantapkan agenda ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri.

Advertisement
Katanya isu infrastruktur yang berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat seperti pembinaan dan penyelenggaraan akan terus dibangkitkan dalam perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah. 

Mengucapkan tahniah kepada semua 45 PPM yang baharu mengangkat sumpah, Hajiji menggesa mereka agar menjalankan tugas dengan penuh integriti dan komitmen serta bertindak sebagai jambatan antara Kerajaan dan rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here