Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Sambut baik aktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Sambut baik aktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
Dari kiri: Yazid, Rosdi dan Murkam
KENINGAU: Bekas pendidik di kawasan pedalaman menyambut baik serta menyokong penuh langkah Kementerian Pendidikan (KPM) mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih, Keningau Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata selaku seorang bekas pendidik dan pentadbir sekolah beliau berpandangan bahawa kajian semula ini amat bertepatan dengan keperluan semasa sistem pendidikan negara.

Advertisement
Katanya pemansuhan UPSR dan PT3 sebelum ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa, guru serta masyarakat khususnya berkaitan keperluan kepada satu bentuk penanda aras nasional yang lebih jelas dan seragam.

“Walaupun Pentaksiran Berasaskan Sekolah mempunyai kekuatannya tersendiri namun pelaksanaan peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PT3 boleh berfungsi sebagai pelengkap yang membantu menilai tahap penguasaan murid secara lebih objektif terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar khususnya di kawasan pedalaman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sehubungan itu saya yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Mantan Pendidik Sabah (PMPS) dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor berharap dapatan kajian yang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri nanti mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk guru-guru berpengalaman, ibu bapa serta pakar pendidikan.

“Ia demi memastikan sistem pentaksiran yang adil, seimbang dan berkesan untuk masa depan anak-anak,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek baru-baru ini.

Advertisement
Seorang lagi bekas pendidik Rosdi Aspar @ James Bambangan berpendapat lebih baik UPSR dan PT3 dikembalikan.

Rosdi yang pernah bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan dan menjadi Guru Besar di beberapa Sekolah Kebangsaan di daerah Nabawan sebelum bersara wajib berkata antara kebaikan UPSR dan PT3 dikembalikan adalah guru ada kemahuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Advertisement
Katanya kedua-dua ujian terbabit mempunyai had pengajaran yang mesti dicapai selain tidak saling mengharap pihak lain kerana masing-masing mempunyai subjek.

“Guru besar juga sering memantau guru untuk memastikan kemajuan pengajaran seorang guru selain banyak latih tubi yang dibuat oleh murid.

“Murid ada kemahuan untuk belajar dan rajin datang belajar kerana ada yang mahu dicapai pada hujung tahun.

“Selain itu ibu bapa dan guru dapat melihat pencapaian dan kemajuan pembelajaran murid,” ujarnya.

Terdahulu KPM baru-baru ini mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan UPSR dan PT3.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Beliau berkata kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

“Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here