Kota Kinabalu: Cho Han Jin merangkul kejuaraan gross lelaki dengan par-72 mengagumkan pada Kejohanan Golf Bulanan Sutera Harbour yang diadakan Sabtu lalu.
Ricky Kim menduduki tempat kedua, tiga pukulan di belakang diikuti oleh Aliasin Alipha dengan catatan 78.
Pemenang pingat A (nett) pula ialah Rafael Rauf (67) dengan Sammy Newton (68ocb) dan Ihzam Majin (68) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Gelaran B dimenangi Cyprinus Amir (67) dan di tempat kedua ialah Henry Wong (68) dengan Choi Kwang Hyun (69) di tempat ketiga, manakala tiga pemenang teratas dalam kategori C ialah Tyson Kim Chan Woong (66), Chung Jae Youn (69) dan Nik Xon Yew (69).
Dalam saingan wanita, Choi Eun Ju (83) merangkul gelaran gross diikuti Park Ock Nam (84) dan Choi Sun Ju (89).
Tiga tempat teratas dalam kategori nett dimenangi Amirah Rekey (63), Go Eun Jung (64) dan Gain Ha (71).
Dalam kategori senior, gelaran lelaki dimenangi Cho Sung Chun (67) diikuti Cho Kwang Yeol (69) dan Datuk Hj Hajam (70) manakala Tina Koh (71), Hwang Young Hee (71) dan Ana Maria (74) menduduki tiga tempat teratas wanita.
Tiga pemenang teratas super senior ialah Park Chul Shik (60), Charles Chong (69), Chun Soo Bok (70) manakala gelaran junior dimenangi Nur Aqella Syuhada (63), diikuti Muhd Harith Hafiy (68) dan Nur Aryana Shafiyya Razali (69).