Kota Kinabalu: Kinabalu Yacht Club (KYC) berjaya menganjurkan program pengenalan optimist peringkat awal sempena cuti sekolah buat julung kalinya dari 5 hingga 9 Januari lalu.
Seramai lapan pelajar berusia antara tujuh hingga 10 tahun menyertai program selama lima hari itu yang diadakan sepanjang cuti sekolah.
Komodor KYC, Albert Shim, yang menyampaikan sijil kepada peserta pada majlis penutupan berkata, program pengenalan itu terbuka kepada bukan ahli sebagai usaha menggalakkan penyertaan lebih meluas serta meningkatkan minat terhadap sukan pelayaran dalam kalangan generasi muda.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk hadir menyaksikan Regatta Terbuka Hari Bandaraya ke-25 2026 yang akan berlangsung di perairan hadapan KYC pada 14 dan 15 Februari ini.