Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kanak-kanak, 9, maut dalam nahas jalan raya di Tawau
Published on: Monday, January 12, 2026
Published on: Mon, Jan 12, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Kanak-kanak, 9, maut dalam nahas jalan raya di Tawau
PACUAN empat roda memasuki kedai gunting rambut dalam kemalangan itu.
TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun maut selepas skuter yang dinaiki bersama ayah dan abangnya terlibat bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di kawasan lampu isyarat Batu 2 Jalan Apas di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.36 pagi.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati skuter terbabit ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun bersama dua anak lelakinya sebagai pembonceng yang masing-masing berumur sembilan dan 13 tahun,” katanya.

Jasmin berkata keluarga itu dalam perjalanan dari arah Bandar Tawau menghala ke Kunak manakala 4WD yang dipandu seorang wanita, 63, pula bergerak dari rumahnya di Jalan Pantai ke Pasar Sin On. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan awal menunjukkan 4WD itu memasuki simpang Jalan Bunga Raya selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Ketika melalui simpang itu, skuter terbabit, dipercayai ditunggang dengan laju, tiba-tiba muncul dari arah bertentangan dan bertembung dengan bahagian hadapan sebelah kiri 4WD berkenaan.

Advertisement
Akibatnya pemandu wanita itu hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kanan jalan, dan melanggar sebuah kereta sedan yang diparkir sebelum merempuh masuk sebuah kedai gunting rambut.

Kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Zon Merah Wad Kecemasan Hospital Tawau.

Advertisement
Ayahnya cedera parah di bahagian dada dan perut manakala abang mangsa mengalami kecederaan ringan.

Pemandu 4WD tidak tercedera dalam kemalangan itu.

Jasmin menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih cermat dan memperlahankan kenderaan semasa menghampiri kawasan lampu isyarat dan mengutamakan keselamatan diri dan orang lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here