PAPAR: Perbuatan sabotaj dikenal pasti sebagai punca utama gangguan kritikal bekalan air yang berlaku di kawasan Kinarut dan Kawang sejak Disember tahun lalu.Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dalam satu mesyuarat bersama beliau yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Khamis lalu.
Menurutnya, siasatan JANS mendapati terdapat gangguan terhadap injap pintu air (sluice valve) di dua pam penggalak JANS yang berfungsi membekalkan air ke kedua-dua kawasan berkenaan.
“Difahamkan ‘gangguan’ ini melibatkan pengalihan bekalan air ke kawasan di luar Mukim Kinarut dan Kawang sehingga ke luar sempadan daerah Papar.
“Keadaan ini menyebabkan sumber bekalan air ke kawasan-kawasan sedia ada dalam jadual catuan (sehingga siapnya Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon 2) berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Jumaat lepas.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.






