Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Anggota bomba selamatkan kucing tersangkut
Published on: Saturday, January 10, 2026
Published on: Sat, Jan 10, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Anggota bomba selamatkan kucing tersangkut
ANGGOTA bomba mengeluarkan kucing yang kepalanya tersangkut di pintu.
BEAUFORT: Pasukan Bomba dan Penyelamat menjalankan satu operasi menyelamat yang luar biasa tetapi penuh berhati-hati pada petang Khamis apabila menyelamatkan seekor kucing putih yang kepalanya tersangkut di dalam lubang tombol pintu di sebuah rumah di Kampung Batu 6, Lumadan, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Ishak Jabas, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 petang sebelum sepasukan lapan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

Advertisement
“Jentera tiba di lokasi pada jam 3.25 petang dan mendapati seekor kucing berwarna putih tersangkut bahagian kepala di dalam lubang tombol pintu rumah berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, anggota bomba bertindak mengeluarkan kucing tersebut secara berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan, dan haiwan itu berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kejadian berasingan di Keningau, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Keningau menerima satu lagi panggilan kecemasan membabitkan seekor kucing yang terperangkap di dalam pintu roller shutter di Jaya Superstore, Bandar Baru.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui, berkata panggilan diterima pada Rabu sebelum sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.

Advertisement
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak membuka penutup roller shutter dan mengeluarkan kucing berkenaan yang tidak dapat keluar dengan sendiri,” katanya.

Beliau berkata hasil kepakaran dan kecekapan anggota, operasi menyelamat dapat dilaksanakan dengan lancar dan kucing tersebut berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum diserahkan kembali kepada pemiliknya dalam keadaan baik.

Advertisement
Severinus turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas keprihatinan melaporkan kejadian itu, sambil menegaskan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa bersedia memberikan bantuan tanpa mengira sekecil mana pun nyawa yang memerlukan pertolongan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here