Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Seorang hilang, empat cedera bot bertembung
Published on: Saturday, January 10, 2026
Published on: Sat, Jan 10, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Seorang hilang, empat cedera bot bertembung
Salah satu bot mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran berkenaan.
SEMPORNA: Seorang kru dilaporkan hilang manakala empat lagi cedera selepas dua bot penumpang bertembung kira-kira 0.3 batu nautika di timur Jeti Pelancongan Semporna, di sini, pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli, berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada jam 11.30 pagi.

Advertisement
Katanya, maklumat awal mendapati bot pertama yang membawa lima kru mengalami kerosakan teruk akibat perlanggaran itu.

“Empat mangsa termasuk tekong bot dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, seorang kru yang dikenal pasti sebagai Rosman Kandau, 24, dilaporkan hilang di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Amir berkata bot kedua pula membawa dua kru dan dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Advertisement
Susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada jam 1.50 petang bagi mengesan kru yang hilang.

Beliau berkata operasi tersebut dilaksanakan menggunakan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

Advertisement
“Operasi meliputi kawasan seluas tiga batu nautika dan masih diteruskan,” katanya.

Amir turut mengingatkan orang ramai, khususnya komuniti maritim, agar sentiasa mematuhi peraturan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

APMM juga memohon kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan operasi mencari dan menyelamat supaya menghubungi talian 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di 014-7870624 untuk tindakan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here