Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Dua maut motor bertembung 4WD
Published on: Saturday, January 10, 2026
Published on: Sat, Jan 10, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Dua maut motor bertembung 4WD
FORD Ranger terbabit dengan motosikal mangsa di bawahnya.
Tuaran: Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bertembung dengan jentera mereka, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, TPgB Mohamad Nor Amit, berkata kemalangan itu berlaku di Kampung Minangkob, Jalan Tamparuli–Ranau pada jam 4 petang. 

Advertisement
“Panggilan diterima melalui talian NG999 pada jam 4.24 petang sebelum 10 anggota di bawah pimpinan Komander Operasi, PBK I Azran Jull, digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kira-kira 25 kilometer dari balai, kami mendapati sebuah Ford Ranger Raptor bertembung dengan sebuah motosikal Yamaha LC. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dua mangsa di dalam Ford Ranger itu telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans KKM,” katanya.

Menurut Mohamad Nor, dua lagi mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal, disahkan maut di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan KKM dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here