Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Penganggur kekal bebas tuduhan cabul anak saudara
Published on: Friday, January 09, 2026
Published on: Fri, Jan 09, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur kekal bebas tuduhan cabul anak saudara
Beliau didakwa mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukan denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi pada Khamis mengekalkan pembebasan seorang lelaki yang tidak bekerja daripada pertuduhan melakukan kesalahan seksual fizikal terhadap anak saudaranya di bawah umur.

Hakim Maslinda @ Linda Mohd Ainal menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan lelaki berusia 27 tahun itu selepas perbicaraan penuh.

Advertisement
Peguam Lim Chun Yuan yang mewakili responden berkata hakim berpendapat pihak pendakwaan gagal memenuhi semua elemen kes walaupun semasa kes pendakwaan dan pihak pembelaan sepatutnya tidak dipanggil.

Lelaki berkenaan dibebaskan dan dilepas oleh Mahkamah Sesyen Keningau pada 28 September 2022 di akhir pembelaanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pertuduhan menyatakan bahawa tertuduh didakwa menyentuh bahagian badan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sekitar Mac 2019 di sebuah kampung di Tenom.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement
Sementara itu dalam kes berasingan seorang lelaki didenda RM100 atau tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret kerana gagal menjelaskan deposit tunai berjumlah RM19,980 ke dalam akaun banknya.

Mohd Solehan Kawi mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kegagalanya menjelaskan sumber wang milik seorang individu Wang Lin yang didepositkan ke akaunya pada 13 Januari 2023 jam 10.25 pagi.

Advertisement
Beliau didakwa mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukan denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum itu mahkamah dimaklumkan bahawa pihak pengadu menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa terdapat transaksi kad kredit RM7,950 yang dinafikan sebelum dipindahkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara dan memperoleh maklumat peribadinya.

Pengadu kemudian mendapati sejumlah RM19,980 dipindahkan dalam dua transaksi ke dalam akaun bank atas nama Solehan. Solehan ditangkap selepas gagal menjelaskan sumber wang tersebut.

Solehan yang tidak diwakili peguam memohon denda lebih rendah manakala pihak pendakwaan memohon hukuman yang memberi kesan pengajaran. Pegawai penyiasat Yusdi Basri bertindak sebagai pendakwa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here