Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
POIC Sabah serah RM4.17 juta kepada Kerajaan Negeri
Published on: Thursday, January 08, 2026
Published on: Thu, Jan 08, 2026
Text Size:
Text:
 POIC Sabah serah RM4.17 juta kepada Kerajaan Negeri
HAJIJI (kelima dari kanan) menyaksikan penyerahan cek replika daripada Madius (ketiga dari kanan) kepada Chee (kedua dari kiri).
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan simbolik cek replika berjumlah RM4.17 juta daripada POIC Sabah Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu, Rabu.

Jumlah itu mewakili sumbangan RM2 juta kepada Kerajaan Negeri serta bayaran balik pinjaman Persekutuan berjumlah RM2.17 juta bagi tahun 2025.

Advertisement
Pengerusi baharu POIC Sabah Datuk Wilfred Madius Tangau menyerahkan cek replika itu kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kewangan, Chee Shok Ting.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Tetap Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Thomas Logijin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POIC Sabah Datuk Fredian Gan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here