Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Jambatan Lama Tamparuli ditutup sementara
Published on: Wednesday, January 07, 2026
Published on: Wed, Jan 07, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Jambatan Lama Tamparuli ditutup sementara
JAMBATAN LLC Tamparuli ditutup untuk pemeriksaan selepas didakwa berlaku mendapan.
TAMPARULI: Jambatan Low Level Crossing (LLC) Tamparuli yang menghubungkan kawasan luar dan Pekan Tamparuli ditutup serta-merta pada jam 6 petang Selasa.

Ia bagi menjalankan pemeriksaan struktur, susulan penularan gambar dan maklumat mengenai dakwaan mendapan di media sosial.

Advertisement
Ahli Parlimen Tuaran merangkap Adun Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, dalam kenyataan di Facebook memohon maaf atas kesulitan kepada pengguna dan menegaskan penutupan sementara itu dibuat atas faktor keselamatan.

“Keselamatan pengguna adalah keutamaan. Saya menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran untuk mendapatkan penjelasan serta meminta perancangan penyelesaian segera,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurut beliau, JKR memaklumkan pemeriksaan teknikal akan dijalankan hari ini (Rabu), termasuk penilaian sehingga ke dasar sungai bergantung kepada keadaan cuaca. 

“Sama-sama kita doakan agar cuaca dalam keadaan baik sepanjang proses pemeriksaan tersebut.”

Advertisement
Madius berkata perkembangan lanjut akan dikemas kini pada Khamis selepas penilaian dibuat.

Sementara itu, JKR Daerah Tuaran turut mengeluarkan notis penutupan jambatan berkenaan bermula jam 6 petang Selasa sehingga dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada pemeriksaan struktur.

Advertisement
Sebagai laluan alternatif, pengguna dari Pekan Tamparuli boleh menggunakan Jalan Bontoi Tamparuli melalui Jalan Tamparuli–Ranau, dan dinasihatkan mematuhi papan tanda keselamatan di lokasi.

Untuk rekod, Jambatan LLC Tamparuli atau Jambatan Lama Tamparuli yang dibina pada era British sekitar 1930-an merupakan mercu tanda ikonik dan tumpuan pelancong, selain dikaitkan dengan mitos pengorbanan seorang gadis bernama Solungkoi menurut kepercayaan penduduk setempat pada zaman dahulu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here