Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Calon Warisan bagi Pilihan Raya Kecil Kinabatangan
Published on: Tuesday, January 06, 2026
Published on: Tue, Jan 06, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Calon Warisan bagi Pilihan Raya Kecil Kinabatangan
SADDI (kiri) dan Mazliwati.
KINABATANGAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, dinamakan sebagai calon Parti Warisan (Warisan) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.

Warisan turut menamakan Mazliwati Abd Malek, yang pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15, sebagai calon parti itu bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Advertisement
Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking, yang mengumumkan kedua-dua calon pada satu majlis di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Isnin, berkata pemilihan tersebut telah mendapat sokongan dan persetujuan Bahagian Warisan Kinabatangan.

Beliau berkata PRK merupakan proses demokrasi yang perlu dilaksanakan, dan Warisan menawarkan calon yang diyakini mampu membawa perubahan kepada rakyat Kinabatangan dan Lamag.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional Sabah, pada 5 Disember lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi itu pada 24 Januari, manakala hari penamaan calon dan pengundian awal masing-masing dijadualkan pada 10 Januari dan 20 Januari.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here