Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Madius pengerusi POIC Sabah, Chin terajui Invest Sabah
Published on: Tuesday, December 30, 2025
Published on: Tue, Dec 30, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
 Madius pengerusi POIC Sabah, Chin terajui Invest Sabah
MADIUS (atas) dan Chin masing-masing menerima watikah pelantikan daripada Ewon. – DEB Media
Kota Kinabalu: Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah manakala bekas pengarah Kastam Sabah Datuk Jonathan Kandok sebagai Timbalan Pengerusinya.

Adun Dilantik Datuk Roger Chin pula diberi tanggungjawab menerajui Invest Sabah Berhad sebagai pengerusinya, demikian umum Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah dalam satu kenyataan, Isnin.

Advertisement
Ewon berkata berkata pelantikan tersebut memainkan peranan dalam memacu syarikat berkaitan kerajaan negeri itu terutama dalam usaha membawa masuk pelaburan berkualiti dan meningkatkan daya saing negeri Sabah.

“Pelantikan ketiga-tiga tokoh berpengalaman itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan industri pelaburan, perindustrian dan logistik Sabah terus dipacu secara teratur, inklusif dan berimpak tinggi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Pelantikan ini selaras dengan pendekatan ‘Sabah First’, yang mana kepentingan dan manfaat kepada rakyat serta ekonomi Sabah sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan itu selepas menyampaikan watikah perlantikan kepada ketiga-tiga individu berkenaan, di sini, Isnin.

Ewon berkata beliau komited untuk terus melaksanakan agenda “Sabah First” di kementeriannya dengan memberi tumpuan utama kepada pembangunan ekosistem pelaburan dan keusahawanan yang mesra pelabur dan usahawan.

Advertisement
Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Thomas Logijin, Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Datuk Gredian Gan dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Dr Firdausi Suffian.

POIC Sabah yang ditubuhkan pada 2005 mengendalikan hab perindustrian serta logistik strategik di Lahad Datu dan terlibat dalam pemprosesan hiliran minyak sawit, selain mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan dalam industri berkaitan seperti pelabuhan, biojisim dan biopenapisan. 

Advertisement
Invest Sabah pula yang ditubuhkan pada 2020, membawa misi menarik pelaburan strategik ke Sabah bagi memacu perubahan struktur menerusi ekosistem domestik dinamik, memupuk ekonomi inklusif, serta  memajukan kelestarian, menggalakkan inovasi digital berteraskan dasar ekonomi dan pelaburan.

Wilfred Madius merupakan Ahli Parlimen Tuaran dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here