Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Ratusan pengunjung banjiri Ranau Free Market Ranau
Published on: Tuesday, December 30, 2025
Published on: Tue, Dec 30, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Ratusan pengunjung banjiri Ranau Free Market Ranau
ORANG ramai membanjiri Ranau Free Market.
RANAU: Ratusan pengunjung membanjiri Program Ranau Free Market (RFM) yang diadakan sempena Konsert Kita Orang Ranau di Pentas Kebudayaan Daerah di sini, Sabtu lalu.

RFM merupakan inisiatif perkongsian barangan secara percuma sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang aktiviti jual beli.

Advertisement
Program ini mempromosikan gaya hidup minimalis, yang menekankan keperluan untuk menjalani kehidupan berasaskan keperluan harian sahaja, tanpa menyimpan barangan secara berlebihan termasuk barangan yang tidak lagi diperlukan oleh individu dan keluarga.

Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbangkan pakaian yang tidak lagi digunakan, selain membolehkan golongan yang memerlukan mendapatkan pakaian secara percuma.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Berteraskan slogan “Ambil Apa Yang Perlu, Bayar Dengan Senyuman dan Ucapan Terima Kasih”, inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan amalan berkongsi, malah menyemai nilai keprihatinan, kesyukuran dan kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

Penganjur turut mempromosikan budaya “kebaikan tidak akan berkurang apabila dikongsi, sebaliknya bertambah apabila dilakukan dengan ikhlas”, sambil berharap usaha murni itu dapat menjadi inspirasi untuk terus memupuk semangat tolong-menolong dan kebersamaan dalam komuniti setempat.

Advertisement
Sementara itu, sempena Konsert Kita Orang Ranau, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak turut diadakan dalam suasana ceria dan penuh kreativiti berwarna-warni.

Program tersebut menjadi platform kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan imaginasi, membina keyakinan diri serta memupuk minat terhadap seni sejak usia muda.

Advertisement
Pertandingan itu melibatkan tiga kategori umur, iaitu lima hingga enam tahun, tujuh hingga sembilan tahun dan 10 hingga 12 tahun, dengan semua peserta berjaya menghasilkan karya kreatif yang membanggakan.

Acara lain yang turut diadakan ialah Fun Walk 2KM bersempena konsert tersebut, dengan penyertaan seramai 200 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Walaupun cuaca mendung, semangat dan komitmen peserta kekal tinggi, sekali gus menjadikan program itu berlangsung dalam suasana ceria dan penuh kebersamaan.

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai pemanas badan sebelum peserta dilepaskan untuk menyertai larian sejauh dua kilometer.

Dalam acara yang menekankan kepentingan kesihatan bermula dengan langkah kecil secara bersama itu, peserta dilepaskan oleh Penolong Pegawai Daerah Ranau, Florencia Padasian.

Selain itu, aktiviti cabutan bertuah turut diadakan, sekali gus menambah kemeriahan dan keceriaan peserta sepanjang program berlangsung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here