Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pentingnya penyelesaian menyeluruh isu infrastruktur asas
Published on: Tuesday, December 30, 2025
Published on: Tue, Dec 30, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Pentingnya penyelesaian menyeluruh isu infrastruktur asas
CALVIN (kiri) ketika melakukan tinjauan.
SANDAKAN: Penyelesaian menyeluruh terhadap masalah infrastruktur asas khususnya bekalan air bersih amat penting kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong.

Beliau berkata hal ini kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan, kesihatan dan kualiti hidup rakyat.

Advertisement
“Oleh itu pemantauan rapi perlu dilaksanakan bagi memastikan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan berkualiti serta mampu bertahan dalam jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan ke kawasan Bandar Prima pada Isnin bagi meneliti secara langsung perkembangan kerja-kerja pembaikan dan penggantian paip air bawah tanah yang sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Lawatan berkenaan dibuat susulan aduan dan maklum balas yang diterima daripada penduduk setempat berhubung masalah gangguan bekalan air sebelum ini yang dikenal pasti berpunca daripada kerosakan paip bawah tanah.

Sementara itu hasil tinjauan mendapati kerja-kerja pembaikan dan penggantian paip air bawah tanah telah dimulakan dan projek kini berada dalam fasa pelaksanaan.

Advertisement
Calvin berharap kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan keseluruhan projek saluran paip bawah tanah itu dengan kadar segera serta mematuhi spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan.

“Langkah ini penting bagi mengelakan gangguan berpanjangan terhadap kehidupan harian penduduk di kawasan Bandar Prima,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here