Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ugut warga emas ditahan
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Lelaki ugut warga emas ditahan
TAWAU: Seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ugutan secara berkumpulan terhadap seorang lelaki warga emas berusia 70-an di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4 Jalan Apas, ditahan di kawasan lot kedai di Jalan Dunlop, Bandar Tawau, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata suspek merupakan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun yang ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bagi membantu siasatan.

Advertisement
“Suspek bersama sekumpulan lelaki lain disyaki mendatangi kediaman mangsa dalam keadaan marah kerana tidak berpuas hati, dengan salah seorang daripada mereka turut menggenggam sebilah parang.

“Mereka juga mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap mangsa sehingga mendorong lelaki warga emas itu tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurut Jasmin, polis turut menemui sebilah parang panjang berukuran kira-kira 40 sentimeter di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan yang disyaki digunakan oleh suspek dan kumpulannya dalam kejadian itu.

Beliau berkata suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, manakala usaha mengesan suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut sedang giat dijalankan.

Advertisement
“Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Jasmin berkata BSJD Tawau turut menahan dua lelaki warga asing berusia 55 dan 66 tahun dalam Operasi Dadu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian sabung ayam.

Advertisement
Beliau berkata polis turut merampas dua ekor ayam sabung yang masih hidup serta dua ekor lagi yang telah mati, dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian sabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Kinabutan Tiku.

“Kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Tawau, sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 16(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here