Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
61 gereja di Melalap terima sumbangan Krismas
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
Text Size:
Text:
61 gereja di Melalap terima sumbangan Krismas
Tenom: Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor terus menunjukan keprihatinan dan komitmen terhadap semua gereja di bawah Majlis Gereja Sabah dengan memperuntukan sejumlah dana kepada badan-badan keagamaan bukan Islam.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap Datuk Jamawi Jaafar berkata sambutan Krismas yang diadakan setiap tahun bukan sekadar perayaan keagamaan malah menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat berbilang etnik serta agama di negeri ini.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ikhlas kepada 61 gereja dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Melalap di Dewan MRSG Wancher St Anthony Tenom pada Sabtu.

Jamawi berkata pendekatan inklusif Kerajaan Negeri terhadap semua komuniti agama mencerminkan komitmen berterusan untuk memelihara keharmonian sosial serta memperkukuh hubungan antara kaum dan kepercayaan di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sehubungan itu beliau berharap masyarakat di Melalap terus berganding bahu, hidup dalam suasana bersatu padu, harmoni dan aman sejahtera demi kesejahteraan bersama.

Dalam pada itu Jamawi turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 kepada seluruh rakyat di kawasanya serta berharap tahun mendatang membawa lebih banyak kejayaan dan mengukuhkan lagi persahabatan dalam kalangan masyarakat.

Advertisement
Beliau juga menasihatkan orang ramai yang akan menziarahi keluarga di luar kawasan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan memastikan keselamatan sepanjang perjalanan.

Dalam pada itu Jamawi bersama isteri Zainatunnisa Ibrahim menjemput orang ramai serta semua ahli jemaah gereja untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Krismas Dun Melalap 2025 yang akan diadakan di Dewan Terbuka OKK Datuk Sanggau Jalang pada 28 Disember ini bermula jam 11.30 pagi. 

Advertisement
Sementara itu Pengerusi Majlis Gereja Tenom Aidah John berharap agar dapat merayakan sambutan Krismas yang lebih meriah bersama Jamawi pada tahun hadapan dan berterima kasih di atas sumbangan Krismas kepada semua gereja dan berharap Jamawi akan terus membantu membangunkan gereja-gereja daif di Melalap. 

Turut hadir Ketua Daerah Tusib Tulas serta kepimpinan gereja yang lain.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here