Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
DLP: Warisan gesa Sabah ikut contoh Sarawak 
Published on: Monday, December 22, 2025
Published on: Mon, Dec 22, 2025
By: Nikko Fabian
Text Size:
Text:
DLP: Warisan gesa Sabah ikut contoh Sarawak 
Christopher menghargai sokongan berterusan Kerajaan Negeri yang menurutnya amat penting khususnya bagi ibu bapa luar bandar yang terkesan dengan inflasi dan peningkatan kos sara hidup.
Kota Kinabalu: Parti Warisan menyuarakan kekecewaan terhadap ketiadaan peruntukan bagi memperluaskan Program Dwibahasa (DLP) ke seluruh Sabah sambil menggesa Kerajaan Negeri mencontohi langkah Sarawak yang melaksanakan program itu sebagai keperluan dalam dunia global hari ini.

Pengarah Komunikasi Strategik Warisan Christopher Masudal berkata DLP amat diperlukan khususnya bagi latihan guru, pelaksanaan program serta penyediaan bahan bantu mengajar.

Advertisement
“DLP mesti menjadi keutamaan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan menyediakan pelajar untuk bidang sains, teknologi, inovasi dan penyelidikan di peringkat pengajian tinggi,” katanya.

Menurut beliau Sarawak telah memperkenalkan DLP sebagai satu keperluan memandangkan kebanyakan urusan dan ilmu pengetahuan dalam dunia global kini dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sehubungan itu Christopher menggesa Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap pendidikan dan kebajikan pelajar dalam Belanjawan Sabah 2026 termasuk isu kualiti pakaian seragam sekolah percuma serta keperluan memperluas program sokongan kepada pelajar.

Mengulas mengenai Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun pada 12 Disember lalu beliau berkata sejumlah RM26.06 juta diperuntukan bagi pakaian seragam, kasut dan alat tulis sekolah kepada 227,600 murid daripada 1,074 Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di bawah Program Bantuan Sosial Sekolah.

Advertisement
Christopher menghargai sokongan berterusan Kerajaan Negeri yang menurutnya amat penting khususnya bagi ibu bapa luar bandar yang terkesan dengan inflasi dan peningkatan kos sara hidup.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here