Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Buku Suara Kuamut sebagai rujukan pelan pembangunan
Published on: Monday, December 22, 2025
Published on: Mon, Dec 22, 2025
Text Size:
Text:
Buku Suara Kuamut sebagai rujukan pelan pembangunan
MASIUNG (tengah) mempamerkan jersey pasukan Liverpool sebagai tema majlis tersebut.
Kundasang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah mengesa ketua-ketua jabatan di daerah Tongod merujuk garis panduan terancang yang terkandung dalam buku Suara Kuamut - Pelan Pembangunan daerah Tongod 2020-2030.

Beliau berkata edisi buku berkenaan adalah cadangan pembangunan tersedia yang telah dikenalpasti dan disusun oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) serta mempunyai potensi untuk dimajukan di kawasan Kuamut.

Advertisement
”Menerusi misi buku Suara Kuamut kita letakan IDS sebagai fasalitor manakala pegawai daerah bersama ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan akan memainkan peranan sebagai pelaksana dasar.

”Pendekatan saya menerusi wawasan dalam buku ini supaya Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) dan pengamal adat turut dilibatkan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
”Setiap anggota kerajaan perlu menjalinkan kerjasama dua hala dengan pemimpin di peringkat daerah supaya semua aspek pembangunan dapat dilaksanakan secara holistik.

”Pegawai serta kakitangan kerajaan wajar berkhidmat dengan tulus. Jangan anggap jawatan yang dipegang sekadar untuk menyerah keluarga tanpa ada kesungguhan membangunkan masyarakat.

Advertisement
”Selain itu jangan pandang ringgan rakyat yang datang berurusan dengan anda hanya kerana anda seorang pegawai kerajaan,” katanya.

Masiung berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Warga Kerja Pejabat Daerah Tongod di sebuah pusat peranginan di Kundasang.

Advertisement
Majlis turut memperkenalkan pegawai daerah baharu Tongod Hazlan Jablee yang akan menggantikan Yuesri Ismail Yusof yang  ditukarkan ke daerah Membakut.

Dalam pada itu Masiung menyatakan buku Suara Kuamut menggariskan lima teras utama dan 10 strategi pembangunan yang bakal membentuk hala tuju masa depan daerah Tongod menjelang tahun 2030.

Sementara itu beliau memaklumkan kerangka yang dibukukan merentasi pelbagai sektor ekonomi, infrastruktur, pendidikan modal insan, industri, sukan, kebudayaan, keagamaan, keselamatan, kelestarian alam sekitar dan kesejahtraan penduduk pelbagai lapisan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here