Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Tiga ditahan babit kes dadah
Published on: Sunday, December 21, 2025
Published on: Sun, Dec 21, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Tiga ditahan babit kes dadah
SUSPEK lelaki dan wanita yang ditahan dalam operasi tersebut.
LAHAD DATU: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita serta merampas dadah jenis syabu dalam dua operasi berasingan di kawasan Reno Fajar pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan dalam operasi pertama.

Advertisement
“Hasil pemeriksaan menemui dan merampas 6.15 gram syabu bernilai RM676.50.

“Suspek yang didapati positif dadah telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam operasi kedua seorang lelaki dan seorang wanita ditahan selepas pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.

“Polis turut merampas 0.15 gram syabu dan kedua-dua suspek yang diuji didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine telah dibawa ke dalam tahanan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu Dzulbaharin berkata operasi berkenaan mencerminkan komitmen Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dalam membanteras kegiatan jenayah dadah di daerah ini.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here