Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lebih banyak sekolah di Sabah akan dilengkapi internet tahun depan: James
Published on: Sunday, December 21, 2025
Published on: Sun, Dec 21, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lebih banyak sekolah di Sabah akan dilengkapi internet tahun depan: James
JOLONING (tengah) menyampaikan cenderamata kepada James (kiri) sambil disaksikan Justin.
PAITAN: Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah akan berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan akses internet kepada sekolah-sekolah di negeri ini bermula tahun depan, khususnya di kawasan luar bandar yang masih belum mempunyai capaian berkenaan.

Menterinya, Datuk James Ratib berkata, usaha itu bertujuan memastikan tiada lagi murid atau pelajar sekolah yang berdepan kesukaran mendapatkan akses internet bagi tujuan pembelajaran.

Advertisement
“Tahun ini, kira-kira 300 sekolah di Sabah telah dilengkapi dengan peranti satelit Starlink bagi memudahkan capaian internet di sekolah-sekolah terlibat,” katanya.

Menurut beliau, keperluan akses internet bukan sahaja penting di sekolah, malah turut diperlukan oleh komuniti luar bandar melalui inisiatif e-Desa, khususnya di kampung-kampung yang masih tidak mempunyai liputan internet.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here