Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Dakwaan pengundi Cina tolak GRS tidak tepat: Armizan
Published on: Sunday, December 21, 2025
Published on: Sun, Dec 21, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Dakwaan pengundi Cina tolak GRS tidak tepat: Armizan
Armizan turut menjelaskan bahawa GRS tidak bertanding di mana-mana kawasan majoriti pengundi Cina pada PRN17, justeru adalah tidak wajar untuk menyimpulkan bahawa keseluruhan komuniti Cina menolak GRS atau rakan gabungannya.
PAPAR: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa dakwaan pengundi Cina menolak gabungan pemerintah pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) adalah tidak tepat dan bersifat generalisasi.

“Tidak semua kerusi DUN mencerminkan trend sedemikian.

Advertisement
“Ini terbukti di kerusi Pantai Manis yang ditandingi calon GRS dan menang, walaupun kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Cina,” katanya.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, di Pusat Daerah Mengundi Bandar, parti pemerintah tidak pernah menang dalam lima pilihan raya terdahulu, termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika beliau sendiri bertanding, walaupun berlaku sedikit peningkatan undi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Namun kali ini, kita menang hasil sokongan kuat daripada masyarakat Cina,” katanya.  Beliau mengulas dakwaan penolakan pengundi Cina berdasarkan lapan kerusi yang ditandingi DAP tetapi dimenangi Parti Warisan.

Beliau turut menjelaskan bahawa GRS tidak bertanding di mana-mana kawasan majoriti pengundi Cina pada PRN17, justeru adalah tidak wajar untuk menyimpulkan bahawa keseluruhan komuniti Cina menolak GRS atau rakan gabungannya.

Advertisement
“Untuk mengatakan masyarakat Cina menolak sepenuhnya GRS atau rakan gabungan adalah tidak tepat,” tegasnya.

Pada PRN17, DAP Sabah gagal memenangi sebarang kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memenangi satu daripada 13 kerusi yang ditandingi, sementara Parti Amanah Negara (Amanah) tewas di satu-satunya kerusi yang ditandingi iaitu Sulabayan. Armizan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, berkata keputusan itu boleh ditafsirkan sebagai isyarat daripada pengundi yang perlu diberi perhatian oleh parti-parti politik berkenaan.

Advertisement
Bagaimanapun, katanya, keputusan pilihan raya perlu diterima dan dihormati, di samping usaha berterusan dilakukan untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.

“Saya percaya masyarakat Cina mempunyai mesej tertentu untuk disampaikan dan meminta penambahbaikan. Di peringkat GRS, penambahbaikan itu sedang dan akan terus dilaksanakan.

“Paling penting, manifesto dan komitmen mesti diterjemahkan melalui hala tuju kerajaan negeri. Saya yakin semua rakyat Sabah, termasuk masyarakat Cina, sedang menantikan pelan kerajaan untuk lima tahun akan datang di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here