Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
‘Harap perkasa sektor pertanian negeri’
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
‘Harap perkasa sektor pertanian negeri’
Daud menegaskan pertanian bukan lagi sektor sampingan, sebaliknya ia harus dijadikan keutamaan oleh kerajaan negeri selari dengan keperluan global.
Kota Kinabalu: Belanjawan Sabah 2026 diharap dapat memperkasakan lagi sektor pertanian melalui pelbagai perancangan strategik bagi menjaminkan kestabilan bekalan makanan dan ekonomi wilayah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Dr. Daud Yusuf menegaskan pertanian bukan lagi sektor sampingan, sebaliknya ia harus dijadikan keutamaan oleh kerajaan negeri selari dengan keperluan global.

Advertisement
Menurutnya, Sabah mempunyai tanah subur, tenaga kerja dan potensi pasaran, tetapi masih berdepan tanah pertanian terbiar, petani kecil yang terperangkap dalam pengeluaran berskala rendah dan kebergantungan terhadap import makanan.

“Semua ini perlu diubah menerusi perancangan strategik oleh kerajaan negeri dengan menjadkan pertanian sebagai sektor ekonomi utama, bukan hanya program bantuan bermusim.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Ini termasuk mengaktifkan semula tanah-tanah terbiar melalui penyelarasan agensi-agensi negeri serta menggalakkan pertanian komersial moden berasaskan teknologi, bukan hanya kaedah tradisional.

“Pertanian hari ini bukan sekadar tanam dan tuai, tetapi perlu disepadukan dengan rantaian bekalan, pemprosesan, pemasaran dan eksport,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2026 di sidang Dun, di sini.(15 Dis)

Advertisement
Tegasnya, jika Belanjawan Sabah 2026 ingin memperkukuhkan ekonomi Sabah, maka pertanian mesti diletakkan di barisan hadapan pembangunan, bukan sekadar pelengkap.

Katanya, kerajaan negeri juga harus menjadikan sektor itu sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi kemiskinan sebagaimana yang turut ditumpukan dalam belanjawan kali ini.

Advertisement
Pada masa sama katanya, belanjawan Sabah turut perlu memberi fokus kepada program pertanian secara berkelompok termasuk melibatkan penyertaan belia dalam pertanian moden. 

“Saya kaitkan sektor pertanian dengan isu pembasmian kemiskinan, khususnya di kawasan luar bandar seperti Bongawan kerana ramai rakyat miskin bukan kerana malas, tetapi disebabkan beberapa faktor.

“Antaranya, tanah yang tidak diusahakan secara optimum kerana tiada sokongan modal dan pasaran serta paling penting adalah, harga hasil tani yang tidak stabil,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pendekatan Belanjawan 2026 dapat menyediakan sokongan modal berfasa, bimbingan teknikal dan pemantauan berterusan dan jaminan pasaran melalui penglibatan agensi dan GLC berkaitan.

Langkah ini katanya, bukan saja dapat meningkatkan pendapatan petani, malah mampu mengubah struktur ekonomi luar bandar daripada penerima bantuan kepada penyumbang.

“Saya ingin menegaskan bahawa setiap ringgit dibelanjakan untuk memperkukuhkan pertanian rakyat adalah pelaburan jangka panjang dalam usaha membasmi kemiskinan, selari dengan semangat dan tujuan belanjawan kali ini,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here