Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
MFA buat penampilan sulung membanggakan di Piala Akar Umbi PFAM
Published on: Tuesday, December 16, 2025
Published on: Tue, Dec 16, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
MFA buat penampilan sulung membanggakan di Piala Akar Umbi PFAM
(BARISAN belakang dari kanan) Arif, Noor dan Talib bersama para pemain.
Kota Kinabalu: Akademi Bola Sepak Musketeers (MFA) yang berpangkalan di Sandakan membuat penampilan sulung yang membanggakan pada kejohanan Piala Akar Umbi PFAM 2025 anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor pada 6 Disember lalu.

Pasukan yang diwakili 10 pemain itu menduduki tempat kelima keseluruhan daripada 12 pasukan yang bertanding dalam kategori Bawah 12 Tahun manakala salah seorang pemain mereka, Muhammad Ramadhan Shah, turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan terbabit.

Advertisement
Ketua jurulatih Arif Tumin, yang dibantu oleh Talib Karam dan Mohd Noor Among, berkata penyertaan sulung itu merupakan satu pencapaian besar buat akademi berkenaan.

“Sebagai akademi bola sepak akar umbi pertama dari Sandakan yang menyertai kejohanan Piala Akar Umbi PFAM 2025, pemain-pemain kami menunjukkan potensi masing-masing dan kami amat berpuas hati dengan prestasi mereka sepanjang kejohanan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kami juga amat berbangga dengan Muhammad Ramadhan Shah yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) hasil prestasi cemerlang dan konsisten bersama pasukan.

“Saya amat yakin Musketeers FA akan terus melangkah lebih jauh dengan menyertai lebih banyak kejohanan peringkat kebangsaan pada masa hadapan, selaras dengan konsep kami ‘Lebih Sekadar Bola Sepak’, iaitu pembangunan holistik pemain dengan mengintegrasikan semangat kesukanan, ilmu pengetahuan, kepimpinan dan pembentukan sahsiah, di samping kemahiran fizikal dan teknikal,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, sepanjang lawatan itu, pemain turut diberi sesi khas bersama pemain Sabah FC serta berpeluang melawat Stadium Merdeka dan Mini Muzium Bola Sepak Malaysia, antara lain, bagi mendedahkan mereka kepada sejarah, warisan dan ekosistem bola sepak negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here