Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Klinik Kesihatan Telupid perlu penambahbaikan
Published on: Tuesday, December 16, 2025
Published on: Tue, Dec 16, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Klinik Kesihatan Telupid perlu penambahbaikan
JONNYBONE (dua dari kiri) melawat unit x-ray Klinik Kesihatan Telupid yang memerlukan mesin terkini.
TELUPID: Klinik Kesihatan Telupid memerlukan beberapa keperluan semasa untuk kegunaan pesakit serta kakitanganya. 

Antara keperluan termasuklah naiktaraf perkhidmatan x-ray, penambahan ambulans untuk khidmat kecemasan, pembaikan kuarters dans sumber manusia yang lebih ramai. 

Advertisement
Pembantu Menteri Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Jonnybone J Kurum berkata semua perkara itu akan dimajukan kepada pihak kerajaan bagi tindakan segera. 

“Klinik Kesihatan Telupid juga menjadi tumpuan pesakit  sekitarnya seperti Tongod dan kawasan berhampiran.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Wajar sekiranya klinik itu dinaik taraf kepada sebuah hospital yang mana ia masih berada dalam pentadbiran Beluran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Telupid sempena Program Karnival Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bersasar Negeri Sabah 2025 Peringkat Daerah Telupid pada Sabtu. 

Advertisement
Hadir sama Ketua Eksekutif Sedia merangkap Pengerusi Bersama Program Karnival Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negeri Sabah Tahun 2025, Datuk Seri Hashim Paijan.

Dalam pada itu Jonnybone berharap pembinaan bangunan Unit Hemodialisis Klinik Kesihatan Telupid untuk pesakit buah pinggang yang kini dalam pembinaan yang dijangka siap April tahun depan sekali gus bakal memberi kemudahan kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatan terbabit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here