Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Video tular langgar lari di Tawau: Polis minta bantuan orang awam
Published on: Saturday, December 13, 2025
Published on: Sat, Dec 13, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Video tular langgar lari di Tawau: Polis minta bantuan orang awam
RAKAMAN video tular yang menunjukkan saat-saat genting kemalangan berlaku.
TAWAU: Polis menggesa orang awam yang memuat naik video tular berkaitan satu kemalangan jalan raya, yang didakwa kes langgar lari di Batu 5, Jalan Apas pada Khamis, untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Satu video menunjukkan sebuah kereta sedan meninggalkan lokasi kejadian manakala satu lagi merakam usaha mengejar kenderaan terbabit. 

Advertisement
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau DSP Champin Piuh berkata kerjasama orang awam amat penting bagi membantu siasatan.

“Kami menggesa sesiapa yang merakam atau berkongsi video kemalangan itu supaya tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di IPD Tawau,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurut laporan polis, kemalangan berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari melibatkan sebuah motosikal Honda RXZ dan sebuah kereta Honda City. 

Siasatan awal mendapati pemandu kereta berusia 58 tahun dari SMK Kinabutan sedang menuju ke arah Batu 3 manakala penunggang motosikal berusia 28 tahun dari Batu 8 dalam perjalanan ke bandar.

Advertisement
“Kejadian berlaku ketika kereta tersebut menukar lorong dari kanan ke kiri dan penunggang motosikal secara tiba-tiba memasuki laluan kereta berkenaan,” kata Champin, sambil menambah, kedua-dua pihak telah membuat laporan rasmi walaupun pemandu kereta itu dilihat melarikan diri pada awal kejadian.

Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal mengalami patah tangan kanan.

Advertisement
Kes disiasat di bawah Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal berhenti selepas kemalangan serta Peraturan Lalulintas dan Pemanduan Jalan Raya – LN 166/59 kerana memotong secara merbahaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here