Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Sabah FC sedia berjuang di final
Published on: Friday, December 12, 2025
Published on: Fri, Dec 12, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah FC sedia berjuang di final
PEMAIN Sabah FC, Daniel Ting bersama rakan sepasukan ketika melakukan latihan ringan di Stadium Likas sebagai persiapan menghadapi Final Piala FA. – foto BERNAMA
Kota Kinabalu: Sabah akan memberikan segala-galanya apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang merupakan penampilan pertama pasukan itu di pentas utama selepas hampir tiga dekad.

Ketua jurulatih The Rhinos, Jean-Paul de Marigny berkata keyakinan dalam kem Sabah kekal tinggi walaupun sedar bakal berdepan cabaran besar daripada Harimau Selatan, sambil menekankan bahawa final ini akan menjadi ujian sebenar tahap kemajuan Sabah di bawah bimbingannya.

Advertisement
“Kita memang sentiasa yakin akan menang perlawanan, ia merupakan cabaran yang besar buat kami. Kita sentiasa menantikan perlawanan menentang pasukan hebat. Ini akan menunjukkan tahap sebenar kami.

“Kami semua juga teruja, terutama untuk rakyat Sabah. Mereka telah menunggu hampir 30 tahun untuk detik ini, dan kami telah mencipta sejarah untuk mereka,” katanya kepada Bernama selepas sesi latihan di Stadium Likas, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Marigny turut mengakui dia berbangga dengan pemain dan petugas pasukan kerana dengan komitmen semua, The Rhinos telah berjaya mencipta kejutan dalam tempoh kurang daripada lapan minggu dengan melangkah ke final Piala FA.

Pada masa sama, jurulatih dari Australia itu tidak menafikan kehebatan pasukan lawan namun berkata Sabah akan tampil dengan pelan taktikal lebih jelas pada aksi final kelak.

Advertisement
Dia berkata semangat pasukan juga berada pada tahap terbaik selepas kejayaan mereka di separuh akhir, terutama selepas menjaringkan gol yang disifatkan sebagai bertaraf dunia.

“Kami mempunyai pelan yang akan diperhalusi dalam dua hari ini. Setiap pasukan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Advertisement
“Ini adalah detik membanggakan yang tidak selalu datang. Kami akan memaksimumkan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada sejarah. Kami akan buat semua bangga dan percayalah, kami akan lakukan sehala termampu,” katanya.

Sabah akan berdepan JDT dalam aksi final Piala FA pada 14 Dis, 9 malam. 

Sementara itu, sekalipun tampil sebagai pasukan pilihan namun juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap perlu berjaga-jaga dengan cabaran Sabah.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail menegaskan final adalah satu perlawanan yang berbeza sekali gus baginda mahu skuad bimbingan Xisco Munoz itu kekal fokus dalam misi memburu trofi kedua pada musim ini.

Tegas Tunku Mahkota Ismail, kemenangan besar diraih berdepan Sabah FC pada aksi Liga Super lalu tidak boleh dijadikan ‘lesen’ untuk barisan pemain memandang ringan kemampuan Sabah FC kerana kejutan boleh berlaku di pentas final.

“Jangan ingat kita boleh menang (di final). Awak tewaskan Sabah FC dekat sini (Stadium Sultan Ibrahim) berkosong-kosong tetapi jangan ingat dia pasukan yang sama bila final. Macam-macam benda pelik boleh berlaku.

“Tengok masa kita lawan Pahang tahun lalu. Takkanlah Pahang boleh jadi sekuat-kuat tidak. Lepas tu ingat tak masa KL City FC di mana kita kalah kalah 2-0? Itu pasal kita pergi kita ingat kita ‘power’.

“Selepas itu, baru kita bangun dan benda itu macam ‘wake up call’ kan? Jadi final ini, jangan ingat kita lawan Sabah, kita terlalu yakin. Apa-apa boleh berlaku sebab ini final,” kata Tunku Mahkota Ismail pada sesi wawancara bersama penyokong JDT, kelmarin.

Dalam masa sama, Tunku Mahkota Ismail turut mengakui sebagai skuad ‘Badak’ turut memiliki barisan pemain yang baik namun mereka tidak bernasib baik apabila dibelasah JDT 8-0 pada aksi Liga Super, September lalu.

“Sabah ada pemain-pemain yang bagus, cuma hari itu mereka bolos banyak gol sebab memang mereka tiada tuah langsung. Pemain pun tidak ada semangat kerana tidak dapat gaji ketika itu.

“Sekarang mereka sudah okey”, katanya.

Sebagai rekod, final Piala FA musim ini seakan mengulangi final edisi 1998 yang menyaksikan Johor menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Likas.

JDT mara ke final Piala FA buat kali keempat berturut-turut manakala Sabah FC mengesahkan slot ke final buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun sejak kali terakhir pada 1998.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here