Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
PTI sembunyi di siling elak ditangkap
Published on: Friday, December 12, 2025
Published on: Fri, Dec 12, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
PTI sembunyi di siling elak ditangkap
SEORANG PTI yang memanjat siling untuk bersembunyi.
TAWAU: Tindakan nekad pendatang tanpa izin (PTI) memanjat siling rumah untuk menyembunyikan diri antara helah yang dikesan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sini pada Selasa.

Dalam siri operasi terbaharu yang dijalankan itu, JIM Sabah berhasil menahan 64 PTI asal Filipina dan Indonesia yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Advertisement
Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof (gambar) berkata operasi itu dilaksanakan hasil daripada maklumat awam dan risikan yang dijalankan selama tempoh kira-kira satu minggu di sekitar daerah ini.

"Kesemua yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan yang bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/ 63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sitti Saleha berkata operasi itu disertai seramai 26 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Tawau, yang menjalankan pemeriksaan terhadap seramai 97 orang yang disyaki.

Mengulas lanjut JIM Sabah akan meneruskan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab hakiki mereka, terutama melalui operasi dan penguatkuasaan terhadap PTI di seluruh pelusuk negeri.

Advertisement
"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap warga tempatan atau syarikat yang dikesan melindungi atau menggaji warga asing tanpa dokumen pengenalan diri,” katanya.

Pada masa sama, JIM Sabah juga tidak akan berkompromi dengan sebarang pihak yang dikesan melanggar undang-undang imigresen khususnya apabila melibatkan isu keselamatan dalam negara.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau menyeru kerjasama daripada anggota masyarakat yang disifatkannya penting, terutama bagi menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PTI di kawasan penempatan masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here