Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Penduduk Papar dan Luyang bimbang longkang bertutup rosak
Published on: Thursday, December 11, 2025
Published on: Thu, Dec 11, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Penduduk Papar dan Luyang bimbang longkang bertutup rosak
JURUTEKNIK Majlis Daerah Papar memasang jeriji baharu di sepanjang Jalan Kinarut Township.
SEORANG pembayar cukai dari Papar dan seorang lagi dari Luyang menyuarakan kebimbangan mengenai bahaya kepada pejalan kaki akibat bahagian longkang bertutup yang terdedah di sekitar pekan Kinarut dan Damai Plaza.

Individu pertama mempunyai alasan kukuh untuk tampil bersuara mengenai bahaya tersebut apabila beliau terseliuh buku lali dan mengalami luka di tapak tangan selepas satu bahagian jeriji besi yang menutup longkang di pekan itu tiba-tiba runtuh.

Advertisement
Sementara itu penduduk Luyang pula mahu memastikan kejadian sama tidak menimpa orang ramai yang tanpa sedar memijak satu lubang di laluan pejalan kaki di pusat komersial berkenaan.

SEBAHAGIAN sokongan pada salah satu jeriji besi didapati runtuh secara tiba-tiba.Beliau membayangkan risiko lebih besar sekiranya wanita mengandung, warga emas atau kanak-kanak terperosok kaki mereka ke dalam lubang tersebut.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurutnya terdapat sebuah longkang di bawah laluan pejalan kaki tersebut.

Kedua-dua individu berharap pihak berkuasa tempatan dapat memberi lebih perhatian terhadap keselamatan pejalan kaki di kedua-dua lokasi ini. 

Advertisement
Mereka turut menyalurkan maklumat mengenai lokasi “zon bahaya” tersebut kepada Hotline.

SEORANG pekerja DBKK menampal simen pada bahagian laluan pejalan kaki yang rosak di belakang blok Damai Plaza.Maklumat itu kemudianya disampaikan kepada Majlis Daerah Papar dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) secara berasingan.

Advertisement
Seorang jurucakap Majlis Daerah Papar berkata satu pemeriksaan telah dibuat di Jalan Kinarut Township sejurus selepas pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Pegawai kami mendapati beberapa batang sokongan pada salah satu jeriji yang menutup longkang kecil antara jalan dan laluan pejalan kaki telah rosak,” katanya.

Menurut beliau pihak kontraktor telah mengeluarkan jeriji baharu bagi menggantikan yang rosak atau yang tidak terletak dengan sempurna di atas longkang.

“Kontraktor bersama tiga pekerjanya kembali pada hari Isnin dan menggantikan lapan unit jeriji sepanjang kira-kira 69 meter di Jalan Kinarut Township,” katanya.

LUBANG di laluan pejalan kaki itu didapati membahayakan keselamatan pejalan kaki.Apabila ditanya mengenai kekerapan penyelenggaraan longkang bertutup dan laluan pejalan kaki di sekitar Kinarut dan Papar, beliau berkata ia dilakukan apabila perlu.

“Kami lazimnya bergantung kepada maklum balas orang awam untuk mengenal pasti bila kemudahan ini memerlukan penyelenggaraan.

“Ia juga bergantung kepada sama ada kerja pembaikan itu melibatkan kerja ‘besar’ atau ‘kecil’,” ujarnya.

Menurut beliau kerja berskala besar tertakluk kepada kekangan peruntukan kewangan dan tenaga kerja, manakala kerja kecil biasanya boleh disiapkan dalam tempoh beberapa jam.

Namun berikutan kebimbangan semasa berkaitan ketidaksempurnaan laluan pejalan kaki beliau berkata kakitangan majlis telah diarahkan supaya lebih peka terhadap sebarang kerosakan di sekitar kawasan pentadbiran mereka.

DBKK pula mengarahkan anggotanya agar lebih proaktif dalam kerja-kerja penyelenggaraan laluan pejalan kaki dan longkang bertutup di sekitar Kota Kinabalu.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata anggotanya telah memeriksa laluan pejalan kaki di sekitar blok Damai Plaza yang terdekat dengan bulatan antara Lorong Pokok Kayu Manis dan Lorong Damai Point.

“Mereka mengesahkan terdapat satu lubang di laluan pejalan kaki di belakang deretan kedai tersebut. 

“Laluan berkenaan dibina di atas longkang yang menyalurkan aliran air bangunan itu.

“Juruteknik kami telah menampal bahagian laluan yang rosak itu dengan simen pada hari Selasa,” jelasnya.

Beliau berkata kawasan awam termasuk laluan pejalan kaki dan longkang di bawah bidang kuasa DBKK akan diselenggara apabila diperlukan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here