Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Sokong Kerajaan Perpaduan Sabah demi kestabilan negeri
Published on: Monday, December 08, 2025
Published on: Mon, Dec 08, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Sokong Kerajaan Perpaduan Sabah demi kestabilan negeri
Yazid juga menegaskan setiap menteri perlu menunjukan disiplin tinggi serta bekerja mengikut keutamaan rakyat.
KENINGAU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor menggesa rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor susulan pembentukan Kabinet baharu di bawah Kerajaan Perpaduan Sabah yang disifatkan sebagai langkah penting memastikan kestabilan dan kesinambungan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Pengerusinya Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata kerajaan yang baru dibentuk itu perlu diberikan ruang untuk bekerja tanpa sebarang percaturan politik yang boleh menjejaskan tumpuan pentadbiran.

Advertisement
Menurut beliau pembentukan kabinet itu bukan sekadar rombakan tetapi sebaliknya satu isyarat jelas bahawa Sabah memerlukan pentadbiran stabil, tersusun dan berorientasikan keputusan.

“Rakyat mahukan kerajaan yang tegas, jelas dan berani mempertahankan kepentingan Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kabinet kali ini membawa mesej bahawa pentadbiran mesti bergerak secara serius dan fokus,” katanya.

Yazid juga menegaskan setiap menteri perlu menunjukan disiplin tinggi serta bekerja mengikut keutamaan rakyat.

Advertisement
Beliau berkata menteri yang diberi amanah wajib membuktikan kemampuan kerana rakyat mahu keputusan cepat, dasar jelas dan tindakan memberi kesan langsung kepada kehidupan harian mereka.

Yazid menambah Sabah tidak boleh lagi terperangkap dalam kelewatan, dasar longgar atau pentadbiran yang kabur terutama ketika masyarakat luar bandar termasuk Bingkor masih berdepan cabaran ketara.

Advertisement
“Ketegasan dan kesabaran Hajiji dalam menguruskan politik negeri adalah bukti kepimpinan berprinsip yang telah merapatkan jurang politik dan mengekalkan kestabilan negeri.

“Ini kepimpinan yang konsisten. Langkah penyatuan ini perlu diteruskan tanpa kompromi,” ujarnya.

Yazid juga menekankan setiap anggota Kabinet mesti memikul amanah dengan integriti serta mengutamakan pelaksanaan bukanya retorik.

Beliau turut menggesa kerajaan memberi perhatian lebih serius terhadap isu kebajikan rakyat, pembangunan luar bandar serta peluang ekonomi khususnya untuk golongan muda.

Dalam masa sama Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor menyatakan komitmen untuk terus menjadi rakan strategik Kerajaan Negeri dalam program kebajikan dan pembangunan sosial.

“Kebajikan rakyat adalah amanah besar. Kami sedia membantu menjayakan apa saja usaha yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here