Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Nelayan cabul anak tiri kena hukuman lebih berat
Published on: Saturday, November 29, 2025
Published on: Sat, Nov 29, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Nelayan cabul anak tiri kena hukuman lebih berat
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.
Kota Kinabalu: Seorang nelayan berusia 44 tahun yang sebelum ini dipenjara empat tahun dan diarahkan menjalani lapan sebatan kerana melakukan kesalahan seksual secara fizikal terhadap anak tiri perempuan yang berusia 10 tahun ditambah kepada tujuh tahun penjara dan lapan sebatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Celestina Stuel Galid pada Jumaat membenarkan rayuan pihak pendakwaan berhubung hukuman yang sebelum ini dikenakan oleh mahkamah terhadap lelaki tersebut selaku responden dilihat tidak memadai.

Advertisement
Tertuduh telah pada 5 Jun lalu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Pitas atas dua pertuduhan iaitu melakukan sentuhan seksual dan perbuatan seks oral terhadap kanak-kanak berkenaan. 

Kesalahan itu dilakukan pada 13 April 2024 kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah di sebuah kampung di Pitas.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Seksyen 14(a) memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan manakala Seksyen 16(1) memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun serta sebatan tidak kurang daripada dua kali.

Advertisement
Mahkamah Sesyen sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh tangkapan pada 22 April 2024 serta dua sebatan bagi setiap pertuduhan. 

Tertuduh turut dijatuhi hukuman tambahan penjara satu tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan untuk dijalani secara berturut-turut di bawah Seksyen 16(1) AKKSK 2017.

Advertisement
Pada Jumaat Mahkamah Tinggi meningkatkan hukuman bagi pertuduhan pertama kepada enam tahun penjara berkuat kuasa dari 22 April 2024 dengan dua sebatan rotan serta satu tahun penjara tambahan dan dua sebatan di bawah peruntukan peningkatan hukuman. 

Kesemua hukuman di bawah pertuduhan pertama diperintahkan berjalan secara berturut-turut.

Bagi pertuduhan kedua mahkamah turut menjatuhkan hukuman enam tahun penjara bermula tarikh yang sama dengan dua sebatan serta tambahan satu tahun penjara dan dua sebatan. Hukuman bagi pertuduhan kedua juga diperintahkan berjalan secara berturut-turut.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan serentak.

Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani muncul bagi pihak pendakwaan selaku perayu manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here