Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Calon KDM dapat ijazah Sarjana Sains Politik
Published on: Friday, November 28, 2025
Published on: Fri, Nov 28, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Calon KDM dapat ijazah Sarjana Sains Politik
HENRY (kiri) gembira menerima ijazah.
Tuaran: Bekas pemain bola sepak Sabah, Henry Saimpon, melalui minggu kedua dan terakhir kempen paling sibuk dalam usahanya menawan kerusi DUN Kiulu pada Pilihan Raya Umum Sabah 29 Nov ini.

Henry, yang bertanding atas tiket Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), berdepan pertandingan lapan penjuru di kawasan itu.  Dalam kesibukannya berkempen, dia sempat meluangkan masa menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor untuk menerima ijazah Sarjana Sains Politik.

Advertisement
“Biarpun sibuk dengan jadual berkempen dan bertemu pengundi dari rumah ke rumah, saya masih sempat hadir majlis konvokesyen UTM di Johor minggu lalu,” katanya.

Anak jati Kiulu berusia 50 tahun itu sebelum ini memperoleh Diploma Sains Politik daripada UTM, sebelum menyambung pengajian sehingga memperoleh ijazah Sarjana di universiti sama.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dia berkata, kesibukan berpolitik tidak pernah menghalangnya mencapai kecemerlangan akademik.

“Saya bersyukur kerana selepas bekerja keras beberapa tahun, akhirnya saya menamatkan program sarjana ini. 

Advertisement
“Saya berterima kasih kepada semua pensyarah atas bimbingan, ilmu dan dorongan yang diberikan sepanjang pengajian,” katanya.

Henry berharap pencapaian tersebut menjadi inspirasi untuknya terus melakar kecemerlangan di masa hadapan, termasuk dalam arena politik.

Advertisement
Sebelum memasuki arena politik, Henry — bekas pemain tengah Sabah — aktif terbabit dalam pengurusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM Malaysia).  Dia kini memegang jawatan Timbalan Presiden KDM Malaysia.

Di arena bola sepak, Henry mula menyertai pasukan Liga Perdana Sabah pada 1997, sebelum berhijrah ke Johor FC pada 2002 dan kembali bersama Sabah dari 2004 hingga 2009. 

Pada 2019 hingga 2020, diadilantik sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Sabah. Kebolehannya mengurus pasukan itu terserlah apabila Sabah muncul juara Liga Perdana, sekali gus layak ke Liga Super.

Henry mula berjinak-jinak dalam arena politik pada 2018 dan tampil lebih menonjol apabila dilantik sebagai Naib Presiden Parti KDM pada 2023 ketika parti itu diterajui Datuk Peter Anthony. Baru-baru ini, Henry melancarkan tujuh teras manifestonya untuk pengundi Kiulu. 

Tumpuan manifesto itu termasuk memperkasa pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, memajukan sektor pertanian, mengutamakan pemilikan tanah untuk penduduk tempatan, mempercepat sistem Pantas.

Dia juga mahu memartabatkan sukan, merancakkan ekonomi termasuk eko-pelancongan, selain mengangkat pendidikan, kebajikan, adat dan kebudayaan tempatan sebagai identiti masyarakat Kiulu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here