Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
‘Sabah First’ bukan sekadar slogan: Donald
Published on: Thursday, November 27, 2025
Published on: Thu, Nov 27, 2025
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
‘Sabah First’ bukan sekadar slogan: Donald
DONALD (lima dari kanan) berinteraksi dengan penduduk selepas ceramah.
PENAMPANG: Calon Upko bagi kerusi Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin menyifatkan tindakan Presiden parti Datuk Ewon Benedick meletakkan jawatan daripada Kabinet Persekutuan sebagai contoh kepimpinan berprinsip dan perjuangan mempertahankan hak Sabah.

“Sabah First bukan sekadar slogan, ia isyarat untuk kita bangkit dan bersatu. Jika kita tidak berjuang untuk Sabah sekarang, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila?” katanya.

Advertisement
Bercakap mengenai isu setempat, Donald menekankan masalah bekalan air yang berlarutan.

“Projek jangka panjang penting, tetapi rakyat juga perlu bantuan segera,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau turut menyentuh cabaran belia, khususnya kecelaruan hala tuju selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). 

Donald menggariskan perancangan menyediakan bimbingan pendidikan, latihan kemahiran, laluan vokasional dan keusahawanan melalui rangkaian komuniti.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau mahu Pusat Khidmat Moyog kekal mudah diakses sepanjang tahun bagi permohonan kebajikan, urusan dokumentasi dan bantuan perubatan.

Keutamaan lain termasuk sokongan kesihatan warga emas, pembangunan infrastruktur serta potensi ekopelancongan dan inisiatif berasaskan agro di kawasan itu.

Advertisement
Pertembungan 12 penjuru di Moyog turut menampilkan Joeynodd Bansin (GRS), Remysta Jimmy Taylor (PKR), Terrence Siambun (Warisan), Joseph Suleiman (Star), Mckery Victor Ninin (KDM), Walter Norbert Johnny (PBK), Francis Mojikon (PN), Richard Dompok (Parti Kebangsaan), Cleftus Stephen Spine (Parti Impian Sabah) serta dua calon Bebas, Peter Maurice Lidadun dan Ricky Chang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here