Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
'Umno Kimanis terdesak salahkan Anifah'
Published on: Wednesday, November 26, 2025
Published on: Wed, Nov 26, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
'Umno Kimanis terdesak salahkan Anifah'
PAPAR: Tindakan Umno Kimanis menyalahkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Tan Sri Anifah Aman, dalam isu projek strategik disifatkan sebagai usaha terdesak menutup kegagalan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, menunaikan janji pilihan raya lalu.

Ketua Pemuda GRS, AK Jamaludin Pg Yassin (gambar) berkata projek Stadium Mini Kimanis dan Kolej Komuniti Kimanis yang diluluskan ketika Anifah menjadi Ahli Parlimen sepatutnya diteruskan oleh Mohamad.

Advertisement
Katanya, Mohamad sendiri “berjanji” untuk menyiapkan kedua-dua projek itu dalam manifesto BN semasa PIlihan Raya Kecil (PRK) Kimanis 2020 sehingga beliau diberi mandat sebagai Ahli Parlimen.

Beliau berkata kegagalan Mohamad tidak boleh diletakkan di bahu Anifah kerana “projek itu sudah diluluskan, malah Mohamad cuba mengambil kredit kemudian, tetapi tetap gagal merealisasikannya.”

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kenapa kesinambungan tidak berlaku sejak 2019 selepas Mohamad menjadi Ahli Parlimen Kimanis, lebih-lebih lagi apabila beliau kemudian menjadi Timbalan Menteri Persekutuan,” katanya.

“Kalau projek Kolej Komuniti Kimanis dibatalkan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH), mengapa permohonan itu tidak ‘dihidupkan semula’ selepas 2020 ketika Mohamad sudah berada dalam kerajaan,” katanya.

Advertisement
“Ditambah lagi beliau sebagai timbalan menteri ketika itu, mengapa tidak diperjuangkan sehingga kolej ini diluluskan semula… rakyat menunggu tetapi tiada apa-apa hasil hingga kini,” katanya.

Jamaludin berkata isu ini menggambarkan “tiada kesinambungan dan itu realiti yang Mohamad perlu akui kerana hampir lapan tahun tanpa hasil konkrit.”

Advertisement
Beliau mengakui terdapat projek kecil dilaksanakan Mohamad tetapi “limpahannya tidak meluas dan tidak merangkumi sepenuhnya kampung-kampung lain.”

Katanya, dakwaan pembangunan yang kononnya melibatkan Dun Membakut sebenarnya lebih banyak dibawa penyandangnya, calon GRS Datuk Ariffin Arif.

Beliau berkata daripada semua pembangunan yang didakwa Mohamad, “Bongawan masih ketinggalan dalam aspek O&G, infrastruktur dan logistik.”

“Kita hargai adanya projek naik taraf dan pembangunan kecil, tetapi takkan itu saja kemampuan Mohamad sebagai Ahli Parlimen hampir dua penggal dan Timbalan Menteri Persekutuan,” katanya.

“Semua projek kecil dilaksana tetapi projek strategik dijanjikan sejak 2018 hingga kini belum direalisasikan,” katanya.

“Saya pasti saudara KP Umno (Dell) maklum tentang keperluan projek-projek ini selepas ‘melompat’ ke Warisan pada 2018 dan menjadi antara kepimpinan Wira Warisan ketika itu,” katanya.

Mengenai isu kedai lama terbakar, beliau menjelaskan kenyataannya merujuk kepada ketiadaan pembersihan sisa kebakaran yang mencacatkan pemandangan Pekan Bongawan.

“Bukan saya minta Mohamad bina infrastruktur baharu kerana saya maklum bangunan itu hak persendirian, tetapi yang diminta hanya pembersihan sisa kebakaran,” katanya.

“Takkan sisa kebakaran ini dibiarkan tanpa pembersihan… sekurang-kurangnya Mohamad cari inisiatif untuk membersihkannya,” katanya.

“Ini perkara asas, kita cuma minta dibersihkan sisa kebakaran ini, bukannya suruh rampas hak milik orang… takkan hal sekecil ini pun tidak mampu buat,” tegasnya.

Beliau berkata isu itu menunjukkan “pemikiran seorang pemimpin yang tidak boleh selesaikan isu kecil tetapi diberi tanggungjawab membawa Malaysia untuk urusan luar negara.”

Katanya, rekod lalu menunjukkan Mohamad sendiri “perlukan bantuan” semasa PRK Kimanis 2020 dengan meminta sokongan Anifah untuk menewaskan calon Warisan.

“Ramai penyokong akar umbi BN masih ingat jasa Anifah yang bekerja keras berkempen hingga kemenangan memihak Mohamad,” katanya.

Beliau menegaskan politik hari ini memerlukan “kejujuran pemimpin dan rekod kerja yang jelas, bukan retorik kosong.”

“Rakyat tahu siapa yang konsisten bekerja, siapa muncul bila hampir pilihan raya, dan siapa yang benar-benar membawa pembaharuan,” katanya.

“Akhirnya rakyat Bongawan akan menilai siapa mampu membawa pembangunan besar, bukan sekadar projek naik taraf yang wakil rakyat pembangkang pun boleh lakukan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here