Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Sanusi yakin Perikatan Nasional mampu beri kejutan
Published on: Wednesday, November 19, 2025
Published on: Wed, Nov 19, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Sanusi yakin Perikatan Nasional mampu beri kejutan
TAWAU: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) yakin calon-calon gabungan itu mampu memberi kejutan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke- 17 kali ini.

Menurutnya, keyakinan itu lahir apabila melihat perkembangan yang sangat positif dalam politik dinamik negeri ini.

Advertisement
Malah, katanya, rakyat pula dilihat mula terbuka dalam menilai calon-calon bertanding kerana akses maklumat melalui skrin telefon bimbit semakin mudah.

“Banyak pilihan (calon) yang ada... Namun, buatlah pilihan yang tepat demi masa depan yang lebih baik untuk Sabah,” katanya ketika ditemui sempena Program Walkabout di Pasar Tanjung Tawau bersama calon PN di sini, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Program itu disertai Calon PN Tanjung Batu, Ahmad Dullah, Hasan Haris (Merotai) dan Dr Munzier Mahamud (Balung).

Dalam pada itu, Sanusi menolak sentimen kenegerian rakyat Sabah terhadap parti nasional dengan memainkan slogan “Sabah for Sabahan” memandangkan kesemua calon PN adalah orang Sabah.

Advertisement
“Semua calon PN orang Sabah. Tiada orang Semenanjung. Apa slogan sekalipun kita sedia menghadapi PRU ini. PN ada di mana-mana tapi semua calon (PRU DU Sabah) adalah orang Sabah. Saya pun tidak bertanding sini (Sabah),” kata Menteri Besar Kedah itu.

Beliau menambah, jentera PN seperti parti bertanding lain turut bekerja keras dan memberikan yang terbaik di semua kawasan bertanding untuk menambat hati rakyat sepanjang kempen ini.

Advertisement
Justeru itu, beliau mahu pengundi membuat pilihan terbaik dengan memilih PN demi menjamin masa depan yang lebih baik, selaras aspirasi ‘Kasi Bagus Sabah’.

Dalam PRU DU Sabah ke-17, PN bertanding di 41 daripada 73 kerusi DUN Sabah dengan 33 calon Bersatu, lima calon PAS dan tiga calon Gerakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here