Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Hubungan Tentera Darat Malaysia-Tentera Darat United Kingdom kerjasama era baharu
Published on: Sunday, November 16, 2025
Published on: Sun, Nov 16, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Hubungan Tentera Darat Malaysia-Tentera Darat United Kingdom kerjasama era baharu
NOORRUL Azril (tengah) yang ditemani Jagjit (kiri) mewakili TDM menyampaikan cenderamata kepada Wallace mewakili TD UK atas kejayaan ETG 2025.
TAWAU: Permulaan era baharu kerjasama Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat United Kingdom (TD UK) antara dasar perkongsian strategik yang dimeterai Perdana Menteri kedua-dua negara pada Januari lalu di 10 Downing Street UK sebagai komitmen bersama memastikan keselamatan serantau.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British David Wallace percaya jalinan persahabatan berkenaan mampu menjadi petanda positif dalam membentuk hubungan moden abad ke-21 Malaysia - UK yang dibina atas sejarah dan kini sedang ditempah untuk menghadapi masa depan.

Advertisement
“Saya fikir diplomasi kerjasama ini juga berteraskan sejarah panjang yang dimiliki bersama sebagai dua negara.

“Ia dilihat mampu untuk dibangunkan menjadi sesuatu yang benar-benar kukuh demi masa depan”, katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penutupan Eksesais Tiger Gold (ETG) melibatkan latihan bersama antara TDM dan TD UK di Kawasan Am Hutan Simpan Sungai Tajong pada Khamis.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here