Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditahan miliki serbuk ketum, ubat batuk
Published on: Sunday, November 09, 2025
Published on: Sun, Nov 09, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan miliki serbuk ketum, ubat batuk
Suspek yang telah ditahan dan barang rampasan.
LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan merampas serbuk ketum serta ubat batuk dalam satu operasi di Jalan Kampung Terusan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata suspek ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ketika berada dalam sebuah kenderaan.

Advertisement
“Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui 50 kilogram serbuk ketum yang dibungkus dalam plastik kecil.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Pasukan bertugas turut merampas 22 botol ubat batuk (Dynadryl Syrup),” katanya sambil menambah nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM4,250.

Menurut Dzulbaharin suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Beliau memaklumkan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here