Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Ular sawa disangka tali kejutkan penduduk
Published on: Sunday, November 09, 2025
Published on: Sun, Nov 09, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Ular sawa disangka tali kejutkan penduduk
PASUKAN APM menangkap ular sawa batik berukuran tiga meter.
Tuaran: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila menyaksikan seekor ular sawa batik yang disangka tali bertindak agresif secara tiba-tiba dalam kejadian di halaman rumahnya berhampiran Jalan Penempatan Telipok pada Jumaat.

Pengadu Ben Hafis, 50, berkata kejadian kira-kira jam 5 pagi itu disedarinya ketika dia meninjau kawasan ternakan ayam selepas mendengar bunyi bising.

Advertisement
“Sambil menyuluh ruangan reban ayam saya melihat satu lingkaran objek namun menyangka ia hanyalah tali kapal yang disimpan di sana.

“Namun sangkaan meleset apabila objek itu mula bergerak sehingga mendapati ia adalah seekor ular sawa batik yang kemudiannya bertindak agresif sebaik menyedari kehadiran saya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bimbang akan keselamatan keluarga Ben terus menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia berkenaan. 

Sementara itu Pegawai APM Daerah Tuaran dan Unit Tamparuli, Nur Azierah Alang berkata pihaknya menerima aduan jam 5.20 pagi sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Advertisement
“Sebaik tiba anggota APM bertugas mendapati reptilia berukuran sepanjang tiga meter itu berada di celah timbunan papan dan kemudianya bertindak menangkap ular terbabit.

“Operasi mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap reptilia seberat 13 kilogram itu selepas berjaya dijinakan,” katanya dihubungi.

Advertisement
Tambah Nur Azierah operasi selesai pada jam 6.52 pagi.

Beliau memaklumkan reptilia itu telah dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan rumah penduduk.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here