SANDAKAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memberi jaminan akan memastikan semua hak Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan sepenuhnya, jika rakyat Sabah memilih PN dalam pilihan raya negeri akan datang.
Muhyiddin berkata, pentadbiran kerajaan negeri di bawah PN nanti akan berpegang kepada prinsip keadilan dan ketelusan dalam mengagihkan kekayaan negeri agar hasil negeri dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat Sabah secara saksama.
“Kita akan pastikan pentadbiran kerajaan Sabah yang mendatang di bawah pimpinan Perikatan Nasional akan melaksanakan segala yang termaktub dalam perlembagaan mengenai hak Sabah.
“Kita akan melakukan secara adil dan saksama supaya kekayaan Sabah diagihkan secara merata kepada rakyat,” katanya kepada media selepas melancarkan jentera pilihan raya PN Sabah di Dewan Hakka, di sini, Jumaat malam.
Advertisement





