Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Gerakan tanding 3 kerusi di bawah Perikatan Nasional
Published on: Saturday, November 08, 2025
Published on: Sat, Nov 08, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Gerakan tanding 3 kerusi di bawah Perikatan Nasional
Lau (tengah) berkata tiga kerusi berkenaan ialah Elopura, Tanjung Papat dan Luyang, menambah parti itu telah memuktamadkan senarai calonnya dan akan bertanding menggunakan logo PN.
SANDAKAN: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan bertanding tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) — dua di Sandakan dan satu di Kota Kinabalu – pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah akan datang.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai, berkata tiga kerusi berkenaan ialah Elopura, Tanjung Papat dan Luyang, menambah parti itu telah memuktamadkan senarai calonnya dan akan bertanding menggunakan logo PN.

Advertisement
“Senarai nama telah diserahkan kepada Perikatan dan akan diumumkan oleh Pengerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa majlis pengumuman calon gabungan itu di Kota Kinabalu pada 11 Nov,” katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Mengulas pemilihan dua kerusi di Sandakan, Lau berkata Gerakan pernah memenangi kedua-dua kawasan itu ketika parti tersebut masih bersama gabungan kerajaan terdahulu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Katanya, Gerakan yakin masih mempunyai sokongan di kedua-dua kerusi berkenaan dengan ahli kekal setia, termasuk veteran, yang terus membantu jentera parti.

Mengenai sentimen “Sabah for Sabahans”, Lau menegaskan bahawa parti itu mengiktiraf sepenuhnya perkara tersebut dan akan menampilkan calon tempatan Sabah dalam pilihan raya kali ini.

Advertisement
Terdahulu, Lau bersama beberapa pemimpin Gerakan melawat beberapa kawasan di Sandakan bagi bertemu komuniti tempatan termasuk nelayan, persatuan teksi dan pengusaha perniagaan kecil untuk mendengar masalah mereka.

Antara isu yang dibangkitkan ialah pengurusan sisa di perkampungan air, keadaan jalan yang daif, bekalan elektrik dan air, peluang pekerjaan serta kehadiran pekerja asing tanpa izin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here