Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Usaha tuntut hak Sabah di bawah MA63 perkukuh, bukan pecah belah
Published on: Friday, February 27, 2026
Published on: Fri, Feb 27, 2026
Text Size:
Text:
Usaha tuntut hak Sabah di bawah MA63 perkukuh, bukan pecah belah
Jumardie berkata, peringatan ini amat tepat pada masanya kerana ia menuntut kebijaksanaan semua pihak dalam menyelesaikan isu MA63 tanpa mengabaikan kepentingan rakyat Sabah.
Kota Kinabalu: Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Jumardie Lukman (gambar) menegaskan bahawa usaha menuntut hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan bertujuan untuk memecahbelahkan negara, sebaliknya bertujuan memperkukuh Persekutuan Malaysia secara adil dan berperlembagaan. 

“Perjuangan ini selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia yang menekankan perpaduan, saling menghormati dan kerjasama erat antara negeri-negeri dalam persekutuan,” katanya.

Advertisement
Jumardie menyokong kenyataan Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Azrul Ibrahim, yang menyeru penegasan hak Sabah. 

Beliau berkata usaha tersebut mampu menguatkan hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung tanpa menimbulkan ketegangan serta demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Usaha ini bukan untuk menimbulkan perpecahan, tetapi untuk memastikan hak-hak negeri Sabah diiktiraf mengikut perlembagaan dan perjanjian yang telah dipersetujui,” katanya.

Beliau menambah, titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong wajar dijadikan pedoman dalam menangani isu MA63 yang kerap dibahaskan secara terbuka.

Advertisement
Baginda menekankan bahawa setiap pihak perlu kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia, iaitu membina sebuah negara yang adil, bersatu dan menghormati kepelbagaian. 

Jumardie berkata, peringatan ini amat tepat pada masanya kerana ia menuntut kebijaksanaan semua pihak dalam menyelesaikan isu MA63 tanpa mengabaikan kepentingan rakyat Sabah.

Advertisement
Beliau berkata tuntutan hak kewangan dan hasil negeri Sabah adalah berasaskan peruntukan sah dalam Perlembagaan serta semangat pembentukan Malaysia, bukannya satu tuntutan baharu atau berlebihan.

Menurutnya, isu pemberian khas Persekutuan, pembahagian hasil serta kuasa pentadbiran negeri perlu ditangani secara adil dan berprinsip, memandangkan jurang pembangunan yang masih ketara antara Sabah dan negeri di Semenanjung selepas lebih lima dekad pembentukan Malaysia.

“Pembangunan Sabah dan Sarawak perlu dilihat sebagai pelaburan strategik untuk memperkukuh ekonomi negara secara menyeluruh, bukannya beban kewangan.

Kita tidak meminta lebih daripada yang sewajarnya. Apa yang diperjuangkan adalah hak yang menjadi asas penyertaan Sabah dalam Malaysia, dan ia perlu ditunaikan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here