Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Tiada pertembungan kerusi BN-PH
Published on: Saturday, November 08, 2025
Published on: Sat, Nov 08, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tiada pertembungan kerusi BN-PH
Mohamad Hasan berkata golongan belia kini dilihat lebih terbuka serta membuat pilihan berdasarkan keperluan dan masa depan mereka, bukan lagi berasaskan kesetiaan kepada parti tertentu.
PUTATAN: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan pada Jumaat mengesahkan bahawa tiada pertembungan kerusi antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata walaupun masih terdapat perbincangan dalam BN sendiri berkenaan kerusi yang akan ditandingi, pertembungan pasti tidak akan berlaku antara dua parti yang menganggotai Kerajaan Madani itu.

Advertisement
“Jentera BN pula perlu bergerak terus sampai pengundian 29 Nov bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang Bersama Penduduk Kampung Contoh, di sini, Jumaat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan calon pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sementara itu, Mohamad mencadangkan supaya Ketua Umno Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohamed dipilih sebagai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat pada PRN Sabah.

Mohamad berkata dengan kesetiaan Jeffrey Nor dalam parti serta usahanya membina semula kekuatan Umno di bahagian Putatan, beliau wajar diberi peluang menjadi calon.

Advertisement
“Kita menyokong Jeffrey Nor sebagai calon DUN Tanjung Keramat berikutan sokongan yang kuat daripada penduduk setempat, namun kita tunggu siapa yang akan diumumkan oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata BN yakin sokongan pengundi muda yang semakin matang dan tidak terikat kepada mana-mana parti akan menjadi faktor penentu kemenangan seseorang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Advertisement
Mohamad Hasan berkata golongan belia kini dilihat lebih terbuka serta membuat pilihan berdasarkan keperluan dan masa depan mereka, bukan lagi berasaskan kesetiaan kepada parti tertentu.

“Mereka (belia) tidak ada ketaatan pada mana-mana parti. Kalau Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN banyak kalah kerana pengundi muda tetapi dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) termasuk di Nenggiri, Mahkota, Ayer Kuning dan Pelangai, belia merupakan golongan pengundi yang banyak menyokong BN.

“Kemenangan kita majoriti besar disebabkan oleh sokongan pengundi muda,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sini, Jumaat.

Mohamad berkata sokongan pengundi muda menggambarkan perubahan sikap golongan itu yang mula melihat kemampuan kerajaan dalam menjamin masa depan mereka termasuk melalui pelaksanaan dasar yang memberi manfaat secara langsung.

Beliau berkata sepanjang lawatannya ke beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Putatan, Membakut dan Bongawan menunjukkan semangat jentera BN di peringkat akar umbi berada pada tahap terbaik menjelang PRN Sabah tidak lama lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.

Undi18 yang berkuat kuasa pada Disember 2021 membolehkan warganegara berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pengundi, sekali gus menjadikan PRN Sabah ke-17 medan ujian pertama untuk menilai corak dan kecenderungan pengundi muda dalam menentukan hala tuju politik negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here