Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
DBKK: Tiada aduan setakat ini mengenai bazar Ramadan
Published on: Saturday, March 07, 2026
Published on: Sat, Mar 07, 2026
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
DBKK: Tiada aduan setakat  ini mengenai bazar Ramadan
“Sehingga hari ini, kami belum menerima sebarang aduan, namun jika ada, kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Sabin kepada pemberita semasa program lawatan tinjauan di bazar Lintasan Deasoka, di sini.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat ini tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berhubung pengendali gerai bazar Ramadan tahun ini, kata Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Beliau berkata semua pengendali yang berdaftar didapati mematuhi peraturan dan garis panduan ditetapkan sejak mereka mula beroperasi pada pertengahan Februari.

Advertisement
“Ini termasuk pematuhan terhadap pengurusan sisa, penyediaan makanan dan paparan harga,” katanya.

Terdapat 415 gerai beroperasi di Lintasan Deasoka yang merupakan sebahagian daripada tiga bazar Ramadan di bawah pengurusan langsung DBKK,manakala 16 bazar lain diselia oleh syarikat yang dilantik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sehingga hari ini, kami belum menerima sebarang aduan, namun jika ada, kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita semasa program lawatan tinjauan di bazar Lintasan Deasoka, di sini.

Walaupun tiada aduan diterima, Sabin berkata DBKK akan terus memperkukuh usaha pemeriksaan dan pemantauan sepanjang tempoh operasi bazar tersebut.

Advertisement
Beliau berkata pasukan penguat kuasa sentiasa memantau lokasi berkenaan secara berkala dan bekerjasama rapat dengan pengendali gerai.

Menurutnya, kebanyakan pengusaha gerai makanan menunjukkan komitmen bukan sahaja dalam penyediaan makanan, malah turut menguruskan sisa dengan baik.

Advertisement
Sabin berkata tujuan pemeriksaan dijalankan adalah bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan DBKK, khususnya ketika menjual barangan terutamanya makanan.

DBKK juga akan memantau sama ada harga ditetapkan secara tidak munasabah tinggi serta memastikan tiada makanan yang dilarang dijual.

Mengenai pengurusan sisa, Sabin berkata peniaga diwajibkan membuang sampah ke dalam beg sampah yang disediakan oleh DBKK.

“Ada peniaga yang membawa pulang sisa mereka manakala pekerja kami akan mengutip baki sisa selepas itu. Bagaimanapun, semua sisa mesti dimasukkan ke dalam beg sampah yang disediakan.

“Kami juga memastikan peniaga yang melakukan masakan ringan menyimpan minyak terpakai dalam bekas bersesuaian untuk dibawa pulang dan tidak membuangnya ke dalam longkang berhampiran,” katanya sambil menambah, bazar berkenaan bukan sahaja menyokong ekonomi bandaraya tetapi turut memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here