Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Warga Indonesia babit urus niaga haram dibicara Januari depan
Published on: Friday, November 07, 2025
Published on: Fri, Nov 07, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Warga Indonesia babit urus niaga haram dibicara Januari depan
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga sepuluh tahun atau denda antara RM10,000 hingga RM150,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang warga Indonesia berusia 60 tahun yang didakwa terlibat dalam urus niaga haram membabitkan wang berjumlah RM5,400 menggunakan akaun bank miliknya akan dibicarakan pada 21 dan 22 Januari tahun depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh berkenaan selepas Martinus Talelu mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya semasa pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM).

Advertisement
Martinus didakwa secara tidak sah terlibat secara langsung dalam satu transaksi wang menggunakan akaun banknya di sebuah institusi kewangan antara 4 hingga 14 Mac tahun ini di Taman Cottage, Kepayan.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga sepuluh tahun atau denda antara RM10,000 hingga RM150,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa semua dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Martinus.

Mahkamah turut menetapkan satu lagi tarikh akhir PTCM bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan sebarang dokumen tambahan jika ada.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Dk Afiqah Alya Ak Johari mewakili pendakwaan manakala Martinus yang kini dibebaskan dengan jaminan tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding Martinus memberitahu mahkamah bahawa beliau akan membela diri sendiri tanpa khidmat peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here