Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Sabah mesti dapat semula hak tadbir sendiri: Justin
Published on: Friday, November 07, 2025
Published on: Fri, Nov 07, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Sabah mesti dapat semula hak tadbir sendiri: Justin
“Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa pentadbiran beliau sudah melaksanakan 17 daripada 21 tuntutan utama sebelum kerajaan bertukar pada tahun 2020,” kata Wong.
TAWAU: Rakyat Sabah perlu sedar tentang kepentingan untuk mendapatkan semula kuasa autonomi kerana negeri ini perlu mempunyai hak mentadbir diri sendiri, kata Timbalan Ketua Penerangan Parti Warisan, Justin Wong.

Katanya, Sabah sebagai negeri berstatus sama, contoh terbaik yang boleh diikuti ialah Sarawak yang ditadbir oleh parti tempatan dan kini berkembang pesat.

Advertisement
“Ekonominya menunjukkan prestasi cemerlang dan kemajuan itu bukan sekadar pada angka tetapi dapat dirasai sendiri oleh rakyat Sarawak,” katanya.

Menurutnya, kes kemenangan terbaru Sabah Law Society (SLS) membuktikan kerajaan Persekutuan gagal mematuhi Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan serta Bahagian Keempat Jadual Kesepuluh, Seksyen 2(1) yang menetapkan bayaran 40 peratus hasil bersih kepada Sabah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Ini bermakna sejak 1974, kerajaan Persekutuan mengawal sepenuhnya hasil Sabah tanpa memberi negeri ini kuasa menentukan sendiri.

“Keadaan ini hanya mula dibangkitkan semula selepas 2018 oleh Menteri Warisan ketika itu Datuk Darell Leiking yang menggesa supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikaji semula dan dilaksanakan.

Advertisement
“Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa pentadbiran beliau sudah melaksanakan 17 daripada 21 tuntutan utama sebelum kerajaan bertukar pada tahun 2020,” katanya.

Tegasnya, tidak kira berapa bilion pun peruntukan kerajaan Persekutuan kepada Sabah, namun lebih penting ialah rakyat negeri ini mempunyai kuasa menentukan sendiri arah pembangunan negeri.

Advertisement
“Lihatlah Sarawak… Walaupun mereka tidak menerima pulangan 40 peratus hasil bersih tetapi di bawah pentadbiran parti tempatan, mereka mempunyai kuasa menentukan hala tuju sendiri.

“Mereka berkongsi hasil negeri dengan rakyat, menjana pendapatan daripada tenaga yang dieksport, menyediakan pendidikan percuma dan membina pusat rawatan kanser sendiri,” katanya mengulas  kenyataan kerajaan Persekutuan yang menegaskan bahawa Sabah tidak ‘dikeduk’ atau ‘dikosongkan’ hasilnya.

Menurutnya, berbanding soal perkongsian hasil, apa yang lebih penting bagi rakyat Sabah ialah kuasa untuk mentadbir sendiri.

Menurutnya, hanya dengan kuasa autonomi yang lebih besar barulah Sabah mampu mencontohi Sarawak dan mengejar kemajuan pembangunan di Semenanjung Malaysia.

“Selepas 68 tahun penubuhan Malaysia, Sabah masih berdepan dengan isu pembangunan infrastruktur yang ketinggalan, masalah bekalan air dan elektrik, serta jalan raya yang rosak.

“Semua ini berlaku kerana kita tidak mempunyai kuasa penentu. Tidak kira berapa banyak peruntukan diberikan, kita tetap tidak dapat mengawal sumber negeri sendiri kerana masih dipimpin oleh parti-parti dari Semenanjung,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa walaupun Sabah kaya dengan sumber semula jadi, perkongsian hasil selepas pembentukan Malaysia tidak dijalankan dengan adil.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here