Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
DAP Sabah umum calon PRN Sabtu ini
Published on: Thursday, November 06, 2025
Published on: Thu, Nov 06, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
DAP Sabah umum calon PRN Sabtu ini
Chan berkata parti itu sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan semua calon yang dipilih untuk mewakili DAP.
SANDAKAN: DAP Sabah akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu ini di Kota Kinabalu.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah Datuk Chan Foong Hin berkata parti itu sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan semua calon yang dipilih untuk mewakili DAP.

Advertisement
Selain itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pengundi di Sandakan boleh menilai sendiri gerak DAP selama ini di kawasan berkenaan. 

“Saya ada singgah di Pusat Khidmat Komuniti Madani di sini dan kita lihat dan rasa kewujudan DAP di sini, jadi tidak wujud isu kita kurang yakin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Santuni Pekebun Kecil Sawit di sini, Rabu. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengenai persiapan parti mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Papat yang dimenangi sejak 2018, Chan berkata jentera DAP tetap bersedia meskipun penyandang kerusi tersebut Datuk Frankie Ming Fung keluar parti bersama ahli daripada sembilan cawangan pada bulan lepas.

Tanjung Papat adalah antara enam kerusi Dun yang dimenangi DAP dalam PRN Sabah 2020 selain Luyang, Likas, Kapayan, Elopura dan Sri Tanjong.

Advertisement
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 manakala tarikh penamaan pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here