Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
PKR dijangka letak calon di Segama
Published on: Monday, November 03, 2025
Published on: Mon, Nov 03, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
PKR dijangka letak calon di Segama
Mustapha berkata keputusan ini dibuat pada akhir rundingan antara Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
LAHAD DATU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan besar akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Segama.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata keputusan ini dibuat pada akhir rundingan antara Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Advertisement
“Dengan perkembangan rundingan yang ada ini, kita doakan bersama supaya Segama ini akhirnya menjadi salah satu kerusi yang ditandingi oleh Pakatan Harapan, khususnya Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jelajah Harapan Urang Sabah @ Dun Segama di Dewan Kampung Sabah Baru 2 yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Datuk Seri Anwar.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menjawab soalan berkaitan kemungkinan berlaku pertembungan dengan BN di Segama, Mustapha menjelaskan bahawa ianya tidak akan berlaku susulan dasar rundingan antara PH dan BN.

Katanya, dalam rundingan berkenaan, bila PH meletakkan calon di sesuatu kawasan, PH tidak akan bertembung dengan BN atau GRS.

Advertisement
“Ini adalah asas paling dasar. Setakat ini, ia dihormati oleh semua pihak,” tambahnya.

Sementara itu, menjawab soalan berkaitan calon di Dun Segama, Nurul Izzah berkata rundingan sangat positif.

Advertisement
Bagaimanapun, katanya, segala kata putus akan dimaklumkan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah terlebih dahulu.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, PKR sentiasa berusaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah.

Katanya, PKR juga mahu memastikan janji-janji terdahulu kepada rakyat Sabah terus dilunaskan. Saya berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan sentimen seperti PKR adalah parti Malaya, sebaliknya menilai berdasarkan fakta dan usaha nyata yang dilakukan oleh PKR,” tambahnya.

Terdahulu, Nurul Izzah meminta rakyat agar melihat kembali kepada sejarah dan fakta agar mereka dapat lihat perjuangan PKR untuk rakyat.

Jelasnya, Sabah sentiasa dekat di hati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden PKR di mana beliau mahu Sabah maju bersama Madani.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menyelesaikan sembilan perkara dalam MA63, pemberian wang interim dan peruntukan tertinggi untuk Sabah.

Justeru itu, Nurul Izzah berharap agar rakyat dapat menilai parti dengan hasil, kebenaran dan fakta agar negeri Sabah terus membangun bersama kerajaan Madani.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here