KENINGAU: Timbalan Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah Razzidin Robert meletakkan jawatan nombor dua dalam Wiramuda parti itu.
Razzidin berkata, keputusannya dibuat dengan penuh rasa hormat dan rendah diri selepas pertimbangan teliti serta mengambil kira hala tuju dan keperluan dirinya dalam meneruskan khidmat kepada masyarakat.
“Ia bukan keputusan mudah, namun saya percaya ia adalah langkah yang paling wajar pada ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook.
Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, rakan-rakan seperjuangan, ahli-ahli dan penyokong yang telah memberikan kepercayaan, ruang dan kerjasama kepada beliau selama ini.